Sunday, August 7, 2011

Baik tak minta dipuji, Buruk jangan dikeji.

Assalamualaikum




Misi menyiapkan cerpen seterusnya belum lagi disempurnakan. Hehe, idea datang -pergi-datang-pergi akhirnya terbengkalai. Namun, akan tetap diteruskan. Mudah-mudahan dapat menghasilkan kelainan yang diidam-idamkan. 

Hari ini, genap seminggu kita berada di bulan Ramadhan. Jiwa ini makin tenteram walau wajah kadang-kadang terlihat kusam... Bicara makin perlahan kerana diam itu bisa mententeramkan... Fikiran makin jelas,celarunya kurang.

Oh ya, telefon bimbit kini koma. Tiada lagi ucapan 'selamat sleep' sebelum mimpi berlayar. Tiada lagi perkongsian hati ke hati bersama kawan. Tapi, jejari tetap berkutik, menarikan pena di atas hamparan putih bergaris. Oh,diari biru ku.

Jadi diri sendiri. Utamakan pandangan Allah, daripada pandangan manusia. Aku takkan terdaya untuk memuaskan hati seribu manusia yang aku sayang, kerana hatiku cuma satu dan ia milik Allah yang SATU.

~Wahai teman...keluarga...saudara...terima aku seadanya...Sayangi aku baik dan buruk. Andai baik, tak perlu di puji. Andai buruk, jangan dikeji. Nasihatiku....doakanku....~