Thursday, July 28, 2011

MUHASABAH: Selamat Tinggal Masa Lalu

Assalamualaikum
Selamat Datang Ramadhan. Bulan yang menjanjikan 1001 keberkataan & kemuliaan. Bulan yang paling istimewa... Sudah bersediakah kita?

First & foremost, haruslah muhasabah diri kita. Renung-renung kembali amalan kita pada bulan puasa yang lepas. Adakah sibuk dengan urusan duniawi berbanding ukhrawi? Adakah sibuk membalas komen-komen di FB ....Adakah kita sibuk ber es em es dengan kawan-kawan... Adakah kita terlalu sibuk meratapi perpisahan dengan pakwe/makwe??... Adakah kita terlalu sibuk melayan perasaan rindu sang kekasih berbanding KEKASIH SEJATI? (Checklist diri sendiri) ... Astagfirullah-al-azim...

Mudah-mudahan kita ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan sehingga ke akhirnya. Moga kita dapat mengUPGRADE amalan, TOP-UP iman... Mudah-mudahan ALLAH SEMAKIN SAYANG...Insya ALLAH
Allah yang membuatku mampu tersenyum walau dalam keadaan menangis,
Allah tempat ku bertahan ketika aku hendak menyerah,
Allah tempat ku berdoa ketika hilang tempat mengadu & ketika semua orang menjauhiku,
Allah tempat untuk kembali bangkit sekalipun hatiku telah hancur berkali-kali,
Allah tempat untuk ku tetap mengerti ketika tiada satupun terlihat memberi Erti,
Segala sesuatu yang terjadi mungkin kerana Allah lebih memahami ku melebihi diriku sendiri. 


~ Kalau anda fikir andalah orang yang paling sedih, fikirkan semula.!!Terdapat berjuta-juta lagi hamba Allah yang jauh lebih malang nasibnya berbanding kita. Fikir. Fikir. Fikir. Kita hanyalah cebisan-cebisan manusia yang diuji oleh Allah dengan kesedihan tapi percayalah kesedihan ini akan sirna akhirnya. Kesedihan ini akan berganti dengan kebahagiaan andai kita tahu memanipulasikan nya... Teruskan usaha untuk bangkit dari kesedihan. Ingatlah!!Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana kaum itu tidak berusaha untuk mengubah nasibnya. ...Mulakan dengan DOA sebagai usaha yang PERTAMA. Teruskan dengan TEKAD yang bersungguh-sungguh....Teruskan usaha... Disudahi dengan TAWAKAL.... InsyaAllah, KEJAYAAN menjadi milik kita.... Andai tak dapat apa yang kita nak, sukailah apa yang kita dapat..inilah tanda kita berSYUKUR...

~ Jangan fikir CJ sedang bahagia. Masalah/kisah sedih datang bertimpa-timpa. Kalau diikutkan hati & rasa, memang terasa nak tido sampai tahun depan. Taknak jumpa sesape. Taknak cerita kat sesape.Tapi, masalah nih sebenarnya sumber KEKUATAN.KEKUATAN JIWA.. InsyaAllah..