Thursday, July 7, 2011

EMOSI

Assalamualaikum
Mata itu,
redup mendung,
mungkin dia menyimpan derita.

Lihat pada bibir,
ada segaris senyum ternukil,
tapi cuma sesaat.

Tanpa sepatah kata,
hanya wajah berbicara,
tanpa perlu berhujah,
wajah mendedah segala rasa.
~ Lihat insan-insan di sekeliling kita. Renung matanya. Lihat wajahnya. Dia mungkin lebat berbicara, seolah tiada apa yang mengganggu hidupnya...cuba  perhatikan wajahnya... mungkin dia sebenarnya sedang berduka..Emosi berbicara bukan hanya pada lidah tapi pada semua pancaindera. Gunakan pula pancaindera ke-enam untuk menyelami hati insan tersayang ~
~ ~ Baru-baru ini, Cj terbaca kisah Professor Shaharir Mohamad Zain. Seorang Professor Matematik-Fizik yang giat menulis dan memperjuangkan bahasa Melayu. Harap-harap suatu hari nanti, Cj dapat membaca tulisannya. ~ ~
Shaharir kini bertugas sebagai Zamil Kanan di Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya. Sehingga kini, beliau telah menulis 24 buah buku, menerjemah 5 buah buku terutamanya bidang falsafah sains, serta menjadi penyunting bagi 10 buah buku. Di samping itu, beliau juga menulis ratusan jurnal, makalah, prasidang, dll yang rentas-bidang. Sejak bertugas sebagai ahli akademik sejak 1971, Shaharir terkenal sebagai idealog dalam pengislaman ilmu (sains matematik) dan pemeribumian ilmu (etnosains matematik Melayu) yang cuba mempengaruhi, sekaligus meninggalkan warisan kegiatan kesarjanaan dalam bidang ini di Alam Melayu. Selain melakukan penyelidikan asasinya, Shaharir juga secara puratanya menyampaikan enam pembentangan seminar tahunan yang sebahagian besarnya adalah bersifat undangan. Sehingga kini, anak Melayu pertama dalam PhD matematik ini telah berjaya melahirkan tiga sarjana PhD dalam bidang matematik-fizik, matematik pengurusan dan astronomi Melayu. Di samping itu, beliau turut meneruskan kerja-kerja kepenyuntingan secara sukarela dalam beberapa jurnal dan buletin, termasuklah Jurnal Kesturi (ASASI), Journal for Islamic Science (MAAS), Warkah Berita (PERSAMA), ASASAINS (ASASI) dan Jawhar (AKK). Semua kegigihan, juga kejujurannya terhadap ilmu ini seharusnya melayakkan dirinya diangkat sebagai cendikiawan awam. Meski tanpa jawatan rasmi, meski tidak didendangkan, tetap saja ilmunya melampaui gedung dan menara yang gah dan mencari-cari mereka yang menghargainya. Sebab, memang demikian sifat ilmu: yang terus menyala biarpun seluruh zaman berusaha untuk memadamkannya.
Sebagai seorang cendikia yang mahu membangunkan ilmu yang rentas-bidang, maka tentu saja bidang penyelidikan Shaharir akan berkisar pada persoalan-persoalan matematik, sains, agama, budaya, bahasa dan bahasa. Namun, secara ringkasnya, bolehlah disimpulkan enam tujahan penyelidikannya. Ini termasuklah, (1) bidang keterlestarian dan Tamadun Melayu. Di sini, beliau cuba menakrifkan semula dan melakukan model matematik bagi mengantikan pembangnan terlestari yang arus perdana dewasa ini. Selain itu, (2) Shaharir turut melakukan penyelidikan dalam bidang sejarah dan falsafah sains matematik. Fokus ini diberikan kepada aspek pengislaman dan pemeribumian dalam konteks tamadun Melayu. Bahkan, secara khusus, (3) Shaharir turut mengaplikasikan pendekatan ini dalam bidang fizik matematik, terutamanya dalam formulasi kamiran lintasan dan formulasi semula mengikut sistem nilai Melayu-Islam. Ini dapat dilihat jelas menerusi sumbangan buku Kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum yang diterbitkan ASASI pada 2011. Di samping itu, penerbitan sebuah buku lain, Pembinaan Semula Teoi Kepimpinan dan Kepengurusan dan Rumpun Meayu pada tahun 2010 oleh UMT, menjadi bukti usaha Shaharir untuk (4) mematematikkan kepimpinan, kepengurusan dan kewangan terutamanya dalam konteks pengoptimunan dalam tamadun Melayu. Lebih luas lagi, Shaahrir turut menumpukan dalam (5) pendidikan sains matematik, dengan memberi tumpuan pada pengislaman dan pemeribumian ilmu, serta bidang (6) kejuruteran bahasa Melayu dalam sains dan teknologi.
Sumber: FACEBOOK