Friday, July 1, 2011

Bila Cj Membebel, maka keluarlah segala idea yang bernas (konon)

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir nih, Cj asyik tertengok@terbaca@terdengar tentang kisah orang berhutang semata demi Majlis Perkahwinan. Rasa seram. Rasa cuak. Kesian pun ada. Majlis Kawen meriah giler,tapi hutang berganda-ganda, duit gaji cukup-cukup aje, isteri pulak dah berbadan dua, tak lama lagi beban makin berganda....haish, memang patutlah ramai yang jadi bachelor walau umur dah empat puluh dua...

Kadang-kadang terfikir juga, kalau couple dengan pasangan yang sebaya, masing-masing belum bekerjaya. Masing-masing mencari kerja. Kalau gaji 2K sebulan, simpan 5rat sebulan. Kalau setahun, baru cecah 6K. Kalau hantaran 20K, kenalah tunggu 3-4 tahun lagi, barulah boleh kawen. kalau start keje umur 23, then umur 26-27 baru dapat kawen. Kalau famili pihak perempuan jenis memahami, takde hal la kan?Tapi, kalau famili pihak perempuan jenis yang kurang memahami, alamat 'melepaslah' sang lelaki.

Proses nak kawen nih bukan mudah beb. Actually, kalau berlandaskan syariat memang mudahlah, masalahnya sekarang nih orang kita terlalu menjunjung adat. Adat tuh pulak sentiasa berubah-ubah mengikut zaman. Kalau zaman akak-akak Cj dulu, waktu bertunang takde mak andam yang tukang mekap, takde pelamin. Makanan yang dihidang pon just simple-simple sebab yang datang pun cuma 10-20 orang. Sekarang nih, waktu bertunang pun dah macam kenduri keramaian. Kanopi 5 bijik.Ada warna tema pulak tuh. Kalau tema pepel,semua kena pepel. Baju pepel,alas meja pepel,langsir pepel,pelamin pelamin. Kadang-kadang tertanya jugak "sekarang nih, memang wajib macam nih ke?".

Tadi, Cj survey baju untuk bertunang. Nak sewa je pon sebab baju grand-grand nih bukan nak pakai selalu, kalau beli terasa membazir la pulak kan... Ada satu kedai tuh, tawarkan harga mekap-RM150, sewa baju-RM400,Pelamin-RM400,Fotografi (2 rolls)=RM350. Total= (malas nak kira)..Hah, nih belum survey untuk kos gubahan hantaran lagi. Nak gubah sendiri? erk, tangan tak cukup kretip. Kos katering lagi...Kanopi...hakhakhak...kopak..kopak...

Kalau Majlis Kawen nanti, lain pulak ceritanya... Pelamin mungkin yang 3 panel..Harga tentulah up lagi. Mekap pulak nak guna mekap yang mahal...Sanding lama, kalau mekap jenis murah, nanti cepat cair.. baju pulak mestilah lebih 'meletup'.. kos pon meletup-letup macam mercun cina. Persoalannya lagi "memang kena macam tuh ke?"....

Tak boleh ke kalau kita pakai jubah. Beli je ha kat Butik First Lady...Jangan pilih yang mahal-mahal sangat. Ikut kemampuanlah. Paling penting, kena pilih baju yang menutup aurat kan? Kalau taknak bejubah, pakai je baju kurung moden.... Ahahahaha, kalau dah manis tuh, pakai apa pun tetap manis dipandang... Hekhekhek. Korang jangan marah lak, nih pandangan Cj je nih... Sebab tang baju nih memang membazir sangat kot... Kalau sal makan tuh takpe la kot, lagipon nama pon kenduri..memang kita nak jamu  tekak orang makan bukannya nak jamu mata orang.....

Pergh...jauh beno Cj memikir padahal tadi tuh cuma temankan kawan cari baju untuk majlis pertunangan, bukan untuk Cj... Cj tukang bagi cadangan.Tukang bangkang..Tukang sokong...Oklah,bai.