Thursday, June 23, 2011

TRAUMA

Assalamualaikum
Ada sebab kenapa aku buat derk je bile orang cabar aku drive keta. Lantak pi lah korang nak gelak ke hape...Aku rela bawak motor je...
Beberapa tahun lepas, aku pernah drive keta. Gi anta & amek adik aku kat sekolah. Sekolah dalam kawasan kampung je. Insiden tuh terjadi kat simpang tiga...hampir-hampir je masuk parit. Ok,masa nih macam dah cuak sesangat tapi taklah sampai menangis or jerit-jerit mintak tolong. Adik aku lak boleh gelak-gelak lagi. Masa cuak tuh la, aku terasa macam ada 'orang' tolong 'handle' stereng keta tuh....Luckily,jalan clear je,takde kenderaan yang lalu kat simpang tiga tuh....Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang untuk hidup lagi....Sejak tuh, aku memang tak berani dah drive or even cuba-cuba untuk drive...Trauma owh..Haha, sampai bilakah??? Entah! Aku pon tak taw.

Tapi, papehal pon, aku respek kat akak-akak aku..Dorang semua pemandu yang hebat. Especially kak long aku...beliaulah idola aku...Sepanjang aku belajar, Kak Long lah yang paling banyak bagi sokongan material & moral.