Friday, June 24, 2011

Kawan Muka Buku

Assalamualaikum
Berkawan biar ramai-ramai, bersuami biar sorang je... Arinih Cj nak tulis tentang seorang "Kawan FB".
Berkawan tak semestinya bersua muka, kalau selalu jumpa boleh mengundang cemburu buta, bila tak bersua ; henpon dan FB jadi penghubung cerita, kadang-kadang ada cerita suka, kadang-kadang ada cerita duka dikongsi bersama...

Kau suka memancing, aku suka memasak...Kau suka singgang, aku suka laksa. Kau imsomnia, aku tidur lena... Haha...Walau banyak yang berbeza, kita tetap boleh gelak sama-sama. hahaha

Ada satu teka-teki yang kau kasi, nampak mudah tapi penuh misteri... Apa benda yang hitam, kecil dan berpeluh-peluh...Kau kata jawapannya 'semut hitam yang baru lepas jogging'... haha....aku ketawa sampai sekarang.
Kata Opick :Hujan... kau ingatkan aku,Tentang satu rindu,Dimasa yang lalu,Saat mimpi masih indah bersamamu. Tapi kata aku, bila hujan aku ingat kau. Kau suka hujan. Walau tak pernah nampak kau main hujan tapi jelas terbayang di fikiran betapa riangnya kau bermandi hujan...

Entri nih khas untuk kau wahai Kawan FB. Andai ada gurauan yang menyakitkan lubuk hatimu,maafkan aku. Akhir kata,Selamat Sleep wahai kawan...haha..
~ Selamat Hari Jumaat. Sayangilah rakan-rakan kita. Jangan terlalu bebani mereka dengan masalah kita kerana mereka juga manusia tak pernah terlepas daripada masalah dan kesulitan. Korang dah besar kan? Dah boleh pikir sendiri,kan?