Tuesday, June 7, 2011

kalau tiang tak kukuh, macamana nak bina rumah?

Assalamualaikum
Aku punya banyak pilihan tapi hakikatnya aku cuma boleh memilih untuk teruskan kehidupan atau nekad untuk mati.

Kematian sesuatu yang dinanti tapi Allah sayang orang yang baik hati. Andai diri tidak cukup baik, mana mungkin Allah kasih...mana mungkin bisa mencium bau syurga...mana mungkin bisa berjumpa kebahagiaan hakiki di sana nanti. 

Allah kasih lalu kita diuji. Yakin selalu bahawa ujian itu tanda Allah kasih. Allah mahu kita dekat denganNya. Allah mahu kita selalu rindu-rindu dan bercinta denganNya...Bercinta seintim pasangan kekasih yang baru berkahwin...Bila cinta padaNya makin teguh, kita bisa jadi manusia yang paling bahagia..Tiada lagi gusar mahupun kecewa..kerana segala yang menimpa tanda kasih dari Ilahi...

Kita mungkin pernah kecewa pabila sang kekasih hati mendustai cinta tapi sebenarnya kita lupa bahawa kita lebih dulu mendustai CINTA ILAHI. Tatkala bercinta dengan si dia, kadang kala kita lupa bahawa kita ini hamba..si dia juga hamba...hamba yang serba serbi kekurangan...hamba milik sang Pencipta..Kadang-kadang kita terlalu ralit bercerita dengan si dia, hingga mengabaikan panggilan.

Perghhh..mukadimah panjang lebar...padahal cuma nak bercerita tentang LELAKI IDAMAN CIK JARI. Soalan nih dikemukakan oleh anak buah a.k.a adik Cik Jari.

Menjawab soalan Budak Kecik Bertudung Cokelat yang suka baca belog nih
BAIK TAPI TEGAS
Ciri yang paling penting.Sebagai seorang perempuan, Cj amat tak suka lelaki yang terlalu berkompromi dengan si isteri. Contohnya, sudah jelas dan nyata bahawa melabuhkan tudung & menutup aurat itu WAJIB tapi si suami boleh pulak buat derk je membiarkan si isteri memakai tudung tak cukup sifat. Menunjukkan betapa dayusnya sang suami...Suami yang baik akan menegur si isteri tanda kasih yang tak berbelah bahagi,moga dapat bercinta lagi di syurga nanti...
TAK HENSEM MUKA TAK APA asalkan HENSEM BUDI BICARA
Cj idamkan anak yang comel...Tapi, yang lebih penting ialah kecomelan berbahasa. Untuk melahirkan anak-anak yang comel pekertinya, ibu bapa juga perlulah berakhlak mulia & menjaga tutur kata. Kan??? Bahasa budak-budak zaman sekarang teramatlah 'canggih' sehingga tidak ditemui dalam Kamus Dewan edisi ke-empat.
HORMAT ORANG LAIN
Walaupon si dia berkelulusan Doktor Falsafah ataupun seorang Perdana Menteri Iran, sifat hormat-menghormati masih kekal dalam diri. Tak mengutuk mahupun menghina orang yang lebih taraf pangkatnya kerana hakikatnya manusia semuanya adalah hamba...hamba kepada si PENCIPTA CINTA (Allah SWT).
KALAU TAK PERNAH JADI IMAM,JADILAH ORANG YANG MENJAGA SOLAT
Cj ada abang yang Cj kagumi. Walau dia bukan seorang ustaz tapi dia amat tegas dalam bab-bab agama. Baru-baru nih, Cj ralit membuat kerja sebab agak banyak kerja menjelang kenduri kawin. Abang Cj tegur, suruh berhenti buat kerja & tunaikan solat.. Dia kata "kalau tiang tak kukuh, macamana nak bina rumah ?"Kalau bina jugak rumah,rumah akan roboh...Wajib ingat: Solat tiang agama.
Cukuplah setakat nih saja huraian Cj. Memang pernah terniat untuk berhenti blogging pabila jumpa si dia yang bertakhta di hati. Tapi, perjalanan kami masih panjang...Ada liku-liku yang wajib kami tempuh.Blogging is my hobby. Dia tak pernah menghalang cuma pesannya "jaga diri...batasi pergaulan"...