Monday, June 13, 2011

Edisi Khas: Selamat Hari Bapa...anugerah sekebun bunga dari taman iman; inilah kebahagiaan sebenar

Assalamualaikum
"Wahai lelaki yang soleh, sesungguhnya tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, langit dan gunung tidak mampu menanggungmu. Engkau sahaja yang sanggup tampil menyelesaikan tugas yang besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang ditindas sentiasa menantikan kehadiranmu. Mereka sentiasa berdoa supaya engkau segera tiba demi menjadi pembela kepada mereka".
"Nasihatilah para wanita (isteri) itu dengan baik. Sesungguhnya wanita itu dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau biarkan, ia tetap bengkok. Tetapi sekiranya engkau luruskan, ia akan patah. Maka, nasihatilah wanita itu dengan baik." [Hadis Riwayat Bukhari]
4 golongan lelaki yang ditarik oleh WANITA ke Jurang Neraka
Golongan Pertama: Ayahnya
Apabila si ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia. Dia tidak memberikan pendidikan agama seperti mengajar anak-anak perempuannya solat, membaca al-qur'an dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, sebaliknya melimpahkan anak-anak perempuannya dengan kemewahan semata-mata.
Golongan Kedua: Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim seperti tidak menegur isterinya yang tidak mendirikan solat, tidak berpuasa, dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka di akhirat kelak.
Golongan Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Sekiranya mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik-adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adik-adik perempuannya di akhirat kelak.
Golongan Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya mengenai kelakuannya yang menyimpang daripada ajaran Islam, menghalang ibunya daripada membuat perkara-perkara mungkar seperti mengumpat dan mengata-ngata, anak itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Wahai Lelaki,
Bimbing kami supaya hidup seperti mana yang diperintahkan oleh Allah. Usah takut ataupun bimbang untuk menegur kami apabila tindak-tanduk kami tersasar daripada ajaran Islam yang sebenarnya.
Selamat Hari Bapa!!!
Berdoalah semoga kita semua terselamat daripada ditarik dan tertarik ke dalam neraka Allah. Sesungguhnya nilai seseorang Muslim itu adalah sangat tidak ternilai harganya.

Rujukan: Bunga Kebahagiaan - Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat