Tuesday, May 17, 2011

Someone said 'blaja masak rendang dulu then br bleh kawen'... Yeay,i did it successfully...*ehem,ehem...*

Assalamualaikum
Entry ini ditulis untuk menjelaskan mengapa-kenapa-apakah sebab Cj ingin menghilang dari dunia blogging. Bidang penulisan merupakan bidang yang sangat Cj cintai. Namun, dek kerana bidang Matematik tidak memerlukan keindahan membina ayat, skil penulisan Cj semakin hancus.

Alhamdulillah,Cj  berasa sangat bertuah kerana diberi peluang oleh Dewan Bahasa & Pustaka untuk berguru dengan Dr Faisal Tehrani sekitar tahun 2004. Memang amat banyak input yang Cj perolehi sepanjang Minggu Penulisan Remaja ke-18 di Genting Highland. Rakan sebilik Cj; kak Ida Munira Abu Bakar semakin menyinar bakatnya dalam bidang penulisan dan beberapa karyanya sudah berada di pasaran (terbitan PTS Publication)... Cj? Haha, nak menulis sebuah cerpen pun terasa sukar dan susah...apatah lagi menghasilkan sebuah novel....

Cj berblog sejak dua tahun yang lalu. Kenapa? kerana masa tuh kecewa dalam cinta...sepanjang berblog, Cj usahakan diri untuk membina kematangan, membina kekuatan dalaman (walaupun masih tersangat mudah mengalirkan air mata) dan membina jati diri selain mempositifkan pemikiran... Alhamdulillah, Cj semakin mengerti hakikat sebenar sebuah kehidupan. Dalam dunia nih, orang tua yang wajar kita hormati pon kadang-kadang mengambil kesempatan ke atas kemanisan senyuman seorang wanita. Maka, berhati-hatilah dalam melemparkan senyuman...

Kenapa Cj berhenti berblog? Kerana janji Cj pada diri. Andai Cj sudah punya calon pilihan hati, Cj ingin berhenti blogging! Alhamdulillah, Cj sudah temui dia. Dia insan yang Cj kenali suatu ketika dulu. Dek kerana tautan hati ini, hati Cj selalu menidakkan huluran salam percintaan dari orang lain.. Cj yakin dengan hati Cj ditambah lagi dengan istikharah. Cj masih dengan istikharah, mohon ketetapan hati atas pilihan yang Cj lakukan ini...
Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.

Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.

Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.

Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!

Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Oh ye... Cj memanfaatkan masa cuti nih untuk belajar memasak masakan kampung dengan Mak. Membiasakan diri buat kerja-kerja rumah (sampai tapak tangan terasa kasar),belajar untuk menerima segala kritikan (bila masak tak sedap) dan berusaha untuk memperbaikinya (esok cuba lagi)... Result  exam bakal keluar next week, mudah-mudahan berjaya.. Lepas nih, nak kerja gigih-gigih..Aminn

Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. Bawalah cinta kami menuju kepada cinta yang kau redhai (pernikahan).... Tunjukkanlah kami ke jalan yang benar...Ampunkan dosa-dosa kami....(My next aim: jadi isteri cerdik yang solehah & menantu yang penyejukkan hati ibu ayah mertua)

Akhir kata, ampun maaf dari Cj atas segala salah silap sepanjang perkenalan/perkongsian di alam maya ini. InsyaAllah, Cj tetap jenguk-jenguk & komen-komen belog kalian walaupun Cj dah tak menulis di belog sendiri. Cj akan terus sokong korang. InsyaAllah... 

~yeay,Selamat Membaca karangan yang sungguh membosankan ini.~