Tuesday, May 31, 2011

Mak,demi Cinta yang suci Kurela korbankan kepentingan diri

Assalamualaikum
Kenapa tetiba je Cj update belog? Sebab nak join contest. =) Contest bertemakan Selamat Hari Ibu.

~Catatan diari seorang anak kesayangan mak~
12 Mei 2006
Hari nih merupakan hari jadiku yang ke-21. Sungguh tak kusangka, awek aku sanggup datang ke Penang (dari Johor) semata-mata untuk celebrate birthday aku. Yup, aku memang sayang giler kat awek aku nih. Lagipun, inilah pertama kali aku jatuh cinta & berkapel secara serius.Baiknya dia. Comelnya dia.
23 Julai 2006
Aku bawak awek aku ke kenduri Pak Su. Hajat dihati nak kenalkan Ayu (awek aku) kat mak aku & saudara mara yang lain. Taoi, kesian mak. Gara-gara mulut Ayu, hati mak aku tersinggung. Mak diam sepanjang jalan balik ke rumah. Aku tahu, mak tak suka Ayu...
25 November 2006
Hari nih birthday Ayu yang ke 20. Aku bagi hadiah sekeping kad ucapan dan seutas jam tangan (pilihan adik aku)..Ayu nampak gembira sangat di depan aku...Hakikatnya, Ayu tak suka hadiah pemberian aku!Ayu ngadu kat adik aku. Dia suka jam warna silver. Tapi, jam yang aku hadiahkan tuh warna gold.
26 Disember 2006
Aku gaduh dengan Ayu. Dia selalu sangat kongkong hidup aku.Hubungan aku dengan mak semakin hambar. Mak masih terasa dengan perbuatan Ayu.. Aku rasa amat tertekan.
28 Julai 2007
Ayu called adik aku. Adik aku kata, Ayu mengadu tentang aku sambil menangis teresak-esak.Adik aku yang busy dengan exam terpaksa jadi kaunselor tak berbayar.Sian adik aku. Jadi mangsa keadaan. Sori dik!
28 Oktober 2007
Birthday adik bongsu aku yang ke-19 tahun.  Satu-satunya adik aku. Perangai keras kepala Ayu semakin menjadi-jadi. Alhamdulillah, hubungan aku dengan mak semakin okay.
25 November 2007
Hari nih birthday Ayu. Aku betul-betul fed-up dengan perangai dia. Dengan ini, aku memutuskan hubungan kami. Aku dah nekad. Aku pilih mak. Aku terpaksa lepaskan Ayu. Aku tak sanggup buat mak sedih lagi. Betapa tak berkatnya hidup aku bila mak sedih sebab aku.
1 Januari 2008
Aku mulakan hidup baru tanpa Ayu. Aku tahu, Ayu amat terluka dengan tindakan aku. Tapi, aku rasa inilah satu-satunya pilihan yang aku ada.Semakin lama hubungan kami, semakin banyak keburukan dia yang aku temui. Aku akui, aku bukan insan baik. Tapi, aku rasa inilah keputusan yang terbaik demi menjaga hati mak. 
5 Mei 2008
Alhamdulillah. Rezeki aku semakin murah. Aku dapat kerja dekat dengan rumah kat kampung. Dapatlah aku jenguk mak selalu.
10 Ogos 2009
Aku dapat tawaran kerja kat TM (Telekom Malaysia). Wah! Berbaloi-baloi. Gaji masyukk...
23 September 2009
Hari Raya. Office mate aku datang bertandang. Pergh, siap bawak 'calon' untuk aku lagi tuh. Orang Perak. Lemah lembut je orangnya. Mak & bapak pon macam suka je dengan dia. Aku?? erm...biasa je..
24 September 2009
Aku ke Kuala Kangsar dengan adik bongsu. Beraya di kampung office mate aku. Sekali lagi, aku jumpa 'calon' yang kawan aku kenalkan. Kali nih, siap jumpa mak bapak 'calon' tuh. Macam-macam trick yang kawan aku buat untuk rapatkan aku & 'calon'...Again, adik aku jadi mangsa keadaan.
1 November 2009
Aku & 'calon' declare couple. Adik aku ucap 'tahniah'...
26 Mei 2010
Aku & 'calon' selamat ditunangkan...Alhamdulillah, akhirnya hatinya berjaya aku miliki. Majlis agak meriah. Pertunangan kami direstui famili.
8 Mei 2011
Hari nih hari ibu.Majlis pernikahan aku & 'calon' semakin dekat. Mak makin sibuk mengemas rumah. Alhamdulillah mak hepi je. Kalau boleh, aku nak tengok mak hepi sampai bila-bila.Aku tak mampu nak balas segala jasa mak tapi sekurang-kurangnya, aku boleh beri mak BAHAGIA.
28 Mei 2011
Malam nih, aku sah jadi suami orang. Alhamdulillah, aku & 'calon' selamat diijabkabulkan. Mudah-mudahan aku boleh jadi suami yang baik dan yang paling penting, aku dapat 'hadiahkan' mak seorang menantu yang baik, penyejuk hati mak bapak & bakal ibu yang baik untuk anak-anak aku nanti.


Mak,
setitik air matamu mengalir, bertimbun dosa menghempap tubuhku.
takkan kubiarkan air mata itu mengalir lagi kerana aku...
Aku tak ingin jadi anak yang zalim...
Aku ingin jadi anak yang memimpin tanganmu ke syurga..

Selamat Hari Ibu, Mak...
Jom Join kontest Hari Ibu di belog Joegrimjow. Kalau menang, boleh dapat hadiah tajaan Jurutera Badan(Faridzulasyraf) dan DenaiHati.