Monday, April 11, 2011

Turutan Cinta : Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3 suami.

Assalamualaikum
Selamat hari Isnin. Semoga hari baru di minggu yang baru bermula dengan kebahagiaan, senyuman dan penuh dengan rasa bersyukur. Bersyukur atas segala nikmat kurniaan yang Maha Esa...
keyword: perempuan macho
Hari ini,CJ tertarik dengan post terbaru Ustaz Pahrol Mohd Juoi:
Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.
Hehe, korang jangan nak kata CJ gatal lak k. CJ dah cukup umur untuk memikirkan hal-hal perkahwinan nih. So, eloklah bermula dari sekarang CJ menimba ilmu tentang tanggungjawab isteri,hak-hak seorang isteri dll...

Kata Ustaz lagi : Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.
Yeah..I'll try my best to be the best daughter & insyaAllah to be the best wife... Maybe CJ tak cun, tapi CJ nak jadi Isteri cerdik yang solehah, penyejuk di mata, penawar di hati...*tak salah kan bercita-cita camnih?* hehe,kalau CJ kawen nanti,korang nak datang ke?weee waaaa... Sekian...