Monday, April 4, 2011

Takde Tajuk ..Hidung banyak bendalir, otak kurang rajin berfikir...

Assalamualaikum
Minggu ni merupakan minggu terakhir bagi Sidang Akademik 10/11... Jiwa semakin tak keruan, hati debar-debar, sakit 'ngantuk' semakin menjadi-jadi, demam 'malas' semakin mengganas tak kebah-kebah..Ahhh, menjelang hari-hari rusuhan,semakin banyak dugaan...semakin banyak syaiton!!!

Kala ini, suara aku  benar-benar Rock! Malu-malu nak cakap sebab takut orang salah anggap! Naturally,suaraku tak kasar/garau, tapi bila demam+selesema+sakit tekak+batuk = suara macam bapok! 

Last weekend, pulang ke kampung halaman meraikan hari bahagia KAK LONG... Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar...Walaupun segala persediaan dilakukan pada minit-minit terakhir, majlis dapat disempurnakan dengan jayanya dan dengan sekali lafaz, KAK LONG sah menjadi isteri orang..... Yeay... 

Next, my Mentor lak bakal bernikah. Kisah KAK LONG & my Mentor lebey kurang sama je. Kedua-duanya melibatkan orang tengah...Mereka dipertemukan, bercinta dan akhirnya mengambil keputusan untuk bernikah. Kedua-duanya bercinta kurang dari setahun sebelum mengambil keputusan untuk bertunang.


Kesimpulannya: Bercinta bagai nak rak sebelum berkahwin pon belum tentu berakhir dengan pernikahan. Pendekkan masa bercinta sebelum kahwin, kekalkan percintaan selepas berkahwin.... sooo sweetttt..... alalalalala... bestnyee.. haha...

Nih entry orang demam...Menaip tanpa arah tujuan... sambil menahan mukus daripada keluar menuruni rongga hidung...Sambil menjenguk-jenguk ke luar tingkap...hujan ke tidak...hujan ke tidak...kelas lagi setengah jam...pergi ke tidak..pergi ke tidak...padahal dah  bersiap.... haha......Buruk tul perangai orang demam nih!