Tuesday, April 12, 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum
My Dad My Hero. Yeah... My Dad garang. Cj pernah kena kejar keliling rumah sebab Cj malas pergi sekolah tadika. Huwaaa... Cj lari sambil pegang tin kosong. Tin kosong tuh kunonnya sebagai senjata kalau kena serang....But at the end, Cj kalah juga. Tin masih di tangan tapi kayu panjang dah cecah kat bontot. Huwaaa.... Taknak Pegi Sekolah! Tapi pergi jugak,dengan mata bengkak, muka sememeh menahan sedu-sedan & rambut pulak belah tengah!

Masuk sekolah rendah... masa darjah 5, ustaz suruh bawah tanah liat (ke tanah lembap) untuk buat praktikal Mencuci Najis Mughallazah... 1)Buang ain najis. 2)Siram dengan air tanah(sekali) 3)Cuci dengan air mutlak (6 kali) 4)Pastikan hilang bau,warna & rasa... Kan? Kalau salah,tolong betul kan... Masa tuh, terlupa nak bawak tanah. Dah nak sampai sekolah, barulah teringat... Pastu, gtaw la kat My Dedi...Beliau macam marah2...tapi akhirnya, sebelum waktu rehat, My Dedi datang sekolah & bawak seplastik tanah....

Masa sekolah menengah, Cj memang selalu sangat menyusahkan My Dedi. Dah la sekolah tuh agak jauh, hari-hari kena hantar & amek. Cuma kadang-kadang je, Akiey yang tolong hantar g sekolah. Cj taknak sama sekolah dengan Akiey (my bro) sebab taknak malukan Akiey & Daddy kalau Cj buat hal/ masalah disiplin.

Paling ntah hape-hape, Cj penah masuk bilik disiplin sebab Cj bawak NOVEL TAK SEINDAH MIMPI. Cikgu Disiplin kata, novel tuh novel lucah sebab ada adegan peluk-peluk.. Huh, salah ke Norjinah peluk Amira (kak long)? kak long kan nakal lepas tuh suka merajuk..So, Norjinah pon pujuk lah!!!

Paling best, sebab Cj menang Design Kad untuk Bapa Sempena Hari Bapa... (Johan)Menang dapat adiah! Pastuh kad tuh terpampang kat Notice Board untuk tatapan semua orang. (Cj letak gamba Dedi kat kad tuh)..hehe...

Owh, jarak usia Cj & dedi agak jauh. Sekarang nih umur Cj dah masuk 23.. Umur Dedi Cj pulak dah masuk 72 tahun. Maka,ada la kawan-kawan Cj yang sukati je kata "semalam aku nampak ko keluar ngan Atok ko"....padahal Cj keluar ngan Dedi Cj...

Kalau kawan-kawan baik Cj datang rumah untuk belajar sama-sama, my Dedi yang tolong buatkan air... tolong sediakan makanan...Kadang-kadang kawan Cj ajak keluar beli barang or g library, so my dedi la yang tolong hantarkan...My Dad jenis peramah, tak macam Cj. Cj pasif & perlu didorong untuk bercakap. kalau dari segi penulisan, mungkin la Cj laju je menulis..kalau disuruh bercakap, lebih banyak sengih je kot... hehe...

Tajuk lagu: Tak Cukupkah Semua (Opick)
Berapa banyak lagi airmata
Berapa banyak lagi luka-luka
Yang bisa membuka setiap mata
Bahwa tangan kita telah membuatnya

Berapa banyak lagi pohon tumbang
Berapa banyak derita menyapamu
Berapa banyak lagi bencana dan kita menjadi saksi semua

Tak cukupkah semua apa yang terjadi
Membuka sang mata
Membuka sang hati
Dan lihatlah semua apa yang terjadi
Semua tutup mata
Semua tutup hati

Berapa lama lagi untuk hati
Bersimpuh dan kembali pada Illahi
Berapa lama lagi untuk jiwa
Disana untuk kembali padaNya

Tak cukupkah semua apa yang terjadi
Membuka sang mata
Membuka sang hati
Dan lihatlah semua apa yang terjadi
Semua tutup mata
Semua tutup hati
Tak bisa sembunyi dan tutup mata hati
Mummy....Dedi...I miss you...
Hari terakhir dapat cakap dengan my dedi,hari Jumaat yang lepas.
Masa tuh tengah makan burger Mc Chicken kat mcD dengan Arisa Mihashi.
Tapi,saje-saje gurau-gurau ngan my dedi. Cj cakap kat dedi yang CJ tengah deting.
My Dedi macam terkejut...tapi beliau tak marah.
Beliau cuma pesan... "jaga diri elok-elok"..
Pastuh,Cj gelak sengih-sengih... & suruh Mihashi cakap kuat-kuat bagi denga suara perempuan..
Hehe,
Sori Dedi..Gurau-gurau je. 
I miss U lah Mummy...Daddy...