Wednesday, April 20, 2011

Petua untuk menjadi insan cemerlang....Tidurlah...

Assalamualaikum
Hari nih, Cj nak bagi info tentang tidur. Mudah-mudahan info nih dapat membantu kita semua menjadi insan yang lebih prihatin terhadap tubuh badan & kesihatan kita...
  • Banyak kes-kes kemalangan dilaporkan berpunca daripada MENGANTUK kerana KURANG TIDUR.
  • Oleh itu, kerajaan Amerika menubuhkan sebuah yayasan bernama Yayasan Tidur Negara @ National Sleep Foundation bagi mengkaji kaitan antara masalah tidur dengan produktiviti negara.
  • Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan di Amerika @ National Transportation Safety Board mengenal pasti KELETIHAN dan KURANG TIDUR sebagai punca kemalangan laut yang melibatkan kapal tangki minyak Exxon Valdez mencemari 1770 km pd bulan Mac 1989 dan World Prodigy pada bulan Jun 1989.
Menurut Bukhari dan Muslim :
Nabi Muhammad berkata “ Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya.Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.”

Cara tidur: Tidur secara mengiring,di atas tulang rusuk kanan
FAEDAH TIDUR
Islam menyuruh penganutnya tidur dan berehat supaya dengan itu segala ibadah dan aktiviti dapat dilakukan dengan baik. Islam menganggap tidur sebagai satu ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Nabi Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu kearah itu.

Menurut Bukhari dan Muslim, beliau pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali merentangi dua tiang. Selepas bertanya, nabi diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan solat. Lantas Nabi Muhammad berkata :
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur.”
PEKERJA SYIF MALAM DAN KESAN PADA KESIHATAN
Tidur yang penting adalah tidur pada waktu malam. Allah berfirman dalam surah al-Furqan ayat 47 :
Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran mencari rezeki. 
Pekerja-pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak bersedia menerima tekanan yang berlebihan pada waktu malam. Hal ini disebabkan, hormone cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam. Justeru, melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam di samping membebankan jantung mereka.
Tidur mengeratkan kasih sayang kakak & adik
TIDUR DAN METABOLISME KARBOHIDRAT
Kerehatan yang cukup dapat menyihatkan badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Tidur penting bagi kelancaran proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Satu kajian dilakukan di Universiti Chicago melibatkan beberapa orang lelaki yang diizinkan tidur hanya untuk 4 jam pd setiap malam selama 6 malam berturut-turut. Selepas itu pemeriksaan dilakukan ke atas mereka dan pakar-pakar mendapati keadaan mereka menyerupai keadaan pesakit-pesakit kencing manis dengan kadar insulin yang rendah dan hormone catisol yang tinggi. Di samping itu, kemampuan badan mereka memproses gula di dalam darah menurun sebanyak 30%. Apabila keadaan ini dibiarkan berlarutan, ingatan mereka menjadi terjejas dan mereka juga boleh menghidap penyakit darah tinggi.

TIDUR DAN MINDA YANG CERGAS.
Tidur yang cukup memantapkan kecergasan minda. Pakar tidur, Colonel Gregory Belenky, mengkaji kesan kurang tidur ke atas tentera-tentera yang mengendalikan peralatan canggih ketenteraan. Beliau mendapati, fungsi otak terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan dan konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang tidak dapat tidur dengan cukup dan otak akan mengambil masa yang lama bagi pulih seperti sedia kala.

TIDUR DAN MENYIMPANAN MAKLUMAT
Penyimpanan maklumat jangka panjang@ long-term memory di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Namun, mereka yang suka tidur lewat, sebagai contoh pelajar yang mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam, mengganggu proses menyimpanan maklumat. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan Untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam menjejaskan pusingan biologi seseorang dan ini menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca, disamping menyebabkan keletihan pada waktu yang tidak menentu di siang hari.

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

TIDUR TENGAH HARI DAN PRODUKTIVITI
Tidur pada waktu tengah hari = qailulah seringakali dilakukan oleh Nabi Muhammad. Tidur di siang hari pernah dianggap sebagai lambang kemalasan. Namun, Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebih dengannya.

Menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin :
Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap di siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun dari tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur.
Baru-baru ini, hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur : “92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti kesan keseluruhan.”

Kesimpulan yang dapat Cj simpulkan:
Jangan menzalimi badan kita. Beri rehat yang secukupnya pada tubuh kita setelah sel-sel dalam badan kita bertugas berhempas-pulas selama mana kita berjaga. Tidur di waktu siang itu adalah baik asalkan tidak tidur berlebihan. Seelok-eloknya tidurlah di waktu malam dan bekerja di waktu siang... Tidur juga merupakan satu ibadah.Setiap ibadah itu diberi ganjaran pahala.
-Teks diedit dari Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden: Dr Danial Zainal Abidin-