Tuesday, April 5, 2011

Pemikiran Kritis: Falasi Formal dan Falasi tak Formal

Assalamualaikum
Tadi ada silent reader bertanyakan tentang Falasi.Maka, kali nih CJ nak terangkan maksud FALASI. Menurut Kamus Melayu-Inggeris Dewan, Falasi (fallacy) bermaksud:
1. mistaken belief, delusion, falasi, salah anggapan: the popular ~ that wealth brings happiness, adalah anggapan yg popular bahawa kekayaan membawa kebahagiaan; 2. false reasoning, falasi, taakulan yg salah.
Mengikut nota dalam subjek  Pemikiran Kritis (Critical Thinking) pula :
Falasi; Hujah lemah atau juga dikenali satu bentuk hujahan yang mengemukakan satu pendapat yang tidak disertakan dengan alasan yang dapat menyokong pendapat yang dikemukakan.
Falasi terbahagi kepada dua iaitu Falasi Formal & Falasi Tak Formal
Falasi Formal: Kelemahan/ kesalahan dari segi struktur hujah. @ kaedah berhujah yang salah.
Falasi tak Formal: Kelemahan/ kesalahan yang berada dalam satu hujah dari segi kandungan hujah itu dan bukan strukturnya.
Hujah pula bermaksud:
 Hujah; pendapat yang disokong dengan alasan.
Struktur Hujah:
RUMUS 1: Modus Ponens - Modes of affirming
Premis 1:Jika P, Maka Q.
Premis 2:Sebenarnya P.
Kesimpulan:Maka Q.
RUMUS 2: Modus Tollent - Modes of Denying
P1:Jika P,Maka Q.
P2:Sebenarnya bukan Q.
K:Maka bukan P.
Contoh soalan Final Exam USM
Untuk menjawab setiap soalan berikut sila: 
(i) beri struktur hujah (40%), 
(ii) kenalpasti falasi yang terlibat dalam hujah (20%), 
(iii)bincang secara ringkas falasi yang terlibat (40%).

Soalan 43:
1)Struktur hujah:
Premis 1:Jika Mary mencintai saya, maka dia akan berkahwin dengan saya.
Premis 2:Mary tidak mencintai saya.
Kesimpulan: Maka, Mary tidak akan berkahwin dengan saya.

11)Jenis Falasi:
Falasi formal

111)Bincangkan falasi yang terlibat :
-kesalahan dari segi struktur hujah.
-hujah yang benar:
P1: Jika Mary mencintai saya, maka dia  akan berkahwin dengan saya.
P2: Mary tidak akan berkahwin dengan saya.
K: Maka, Mary tidak mencintai saya.

P: Mary  mencintai saya
Q:Mary  akan berkahwin dengan saya
ingat: RUMUS 2: Modus Tollent - Modes of Denying P1:Jika P,Maka Q. P2:Sebenarnya bukan Q. K:Maka bukan P.
Soalan 44:
1)Struktur hujah:
P1:Amerika Syarikat ialah negara yang paling kuat di seluruh dunia.
P2:George Bush junior ialah Presiden Amerika Syarikat.
K: Jadi, George Bush junior merupakan manusia yang paling kuat di seluruh dunia.

11)Jenis Falasi:
Falasi tak formal.
Kenapa falasi tak formal? Sebab: strukturnya betul iaitu Modus Ponens.

111)Bincangkan falasi yang terlibat:
~hehe, dah tak ingat la weyh! Setahun dah berlalu.Nota ada kat rumah. Kalau tak silap, ada 12 jenis Falasi tak Formal.Korang cari la jawapan sendiri ek.Cj cuma boleh bagi klu iaitu samada: Falasi generalisasi tergesa-gesa atau Falasi Divisi.

---------------------------------------
kat atas nih penerangan mengikut skema jawapan Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Sekarang nih, CJ cuba terangkan mengikut pemahaman CJ.

Contoh:
CJ:Mak, saya nak kawen dengan Encik Tumit.
Mak: Kamu yakin dengan keputusan kamu?
CJ: Mestilah yakin! Dah 10 tahun kami bercinta.Dia sayang saya. Saya sayang dia.
Mak:Macamana kamu tahu dia sayang kamu?
CJ:Sebab dia selalu cakap "I Love U". Tiap hari dia kol, dia mesti cakap "I love U"... Lagipon, takkan lah dia sanggup nak tipu orang yang dia sayang.

Nih ialah contoh Falasi Hujah Berbelit-belit. Dari awal sampai akhir, kita asyik sebut pasal 'sayang'. ish..ish..ish..kesimpulan yang kita buat serupa dengan premis hujah kita.

P1:Jika Encik Tumit sayang Cik Jari, maka akan sentiasa melafazkan kata sayang.
P2:Encik Tumit sayang Cik Jari.
K: Jadi, Encik Tumit sentiasa melafazkan kata sayang.

contoh lain:
Oleh sebab terlalu ramai blogger lucah, maka semua blogger adalah penulis yang lucah...
haha....nih contoh falasi generalisasi tergesa-gesa. Hakikatnya, bukan semua blogger adalah blogger lucah.

nak contoh lagi??

Rujuk kat sini

Falasi ketakcukupan bukti
Sambungan Nota:
segi 4

Contoh Soalan Final Exam:
1.Hanya orang yang berfikiran jelas yang mengajar Pemikiran Kritis.
2.Tiada orang yang mengajar Pemikiran Kritis yang tidak berfikiran jelas.
3.Beberapa orang yang mengajar Pemikiran Kritis ialah orang yang berfikiran jelas.
4.Beberapa orang yang yang berfikiran jelas mengajar Pemikiran Kritis.
5.Beberapa orang yang mengajar Pemikiran Kritis tidak berfikiran jelas.
6.Semua orang yang mengajar Pemikiran Kritis tidak berfikiran jelas.
7.Semua yang mengajar Pemikiran Kritis ialah orang yang berfikiran jelas.

Sekiranya 1 benar, maka yang manakah juga benar?
Pernyataan 1: Hanya orang yang berfikiran jelas yang mengajar Pemikiran Kritis.
Jawapan: Hujah yang juga benar: 2, 3, 4, 7.

Pernyataan manakah yang berkontradiksi dengan pernyataan 1:
Hanya orang yang berfikiran jelas yang mengajar Pemikiran Kritis = Semua yang mengajar Pemikiran Kritis berfikiran jelas. (jenis A: All S are P) berkontradiksi dengan jenis O: Some S are not P.

Jawapan: Pernyataan 5.