Wednesday, April 13, 2011

Patuhilah hadlaju & papan tanda di tepi jalan...Kalau kena saman, duit melayang. Saman trafik bolehlah bayar.Saman akhirat,camne nak bayar???

Assalamualaikum
Duduk sorang-sorang dalam bilik memang cukup membosankan...Padahal baru beberapa hari ditinggalkan rakan sebilik kerana bercuti untuk menyiapkan diri dengan Majlis Pertunangan yang bakal berlangsung awal bulan depan. Tahniah Kawan!!! I'm happy for you...

Hehe, nak bukak pintu bilik  mudah je kan? Tolak selak, pusingkan tombol,pintu bilik pon terbukak. Tapi, pintu hati nih payah bebeno nak bukak. Teman pon tak tahu la ngape.. (tetibe bangga jadi Anak Perak bila Perak menang..Good Job Red Warrior<----ayat amek ati..hehe)

Bila dah sayang/suka kat seseorang tuh...dia sorang je lah yang dok kat kotak hati & kotak fikir. Walau hati pernah rasa terluka, pernah rasa menyampah, pernah rasa nak baling dia dengan botol kicap,nak ketuk kepala dia sampai penyek & nak lastik mata dia sampai buta. (hiperbola semata-mata)...Dalam hati tetap sayang...ada bunga-bunga rindu semakin berkembang mekar... Heh, kalau macam nih la gayanya, sampai ke sudah la pintu hati tertutup untuk orang lain... 


~Aktiviti sampingan pada hari ini ialah: menconteng kertas...meluahkan rasa hati yang tak ingin diluah secara direct kepada si pemilik hati....lalu kertas digumpal membentuk bola...bola dibaling...dannnnnnn...GOLLLLLL!!!!!! Bola masuk ke dalam bakul sampah dengan bergayanya~~~

Ku sedari,masalah ini adalah berkait dengan diri sendiri...Diri sendiri yang takut untuk kecewa sekali lagi walau sebenarnya suatu ketika dulu,diri sendiri yang minta dilepas pergi...Kadang-kadang rasa macam nak patah balik...rasa nak berterus-terang kat dia tentang rasa sayang & cinta yang masih wujud...Tapi, dengan sedikit keegoan ditambah pula dengan niat suci murni yang ingin berubah dan tak ingin berpaling dariNya, ku tahan gelojak di hati...akal kata "jangan"...Patah balik bermaksud kembali ke masa lalu yang penuh dengan bahagia yang melalaikan...


Ya Allah, ku lakukan semua ini semata-mata kerana cintaku padaMu Ya Allah...kerana kasihku pada Rasulullah yang teramat mengasihi umatnya, kerana hormatku pada IbuAyah yang memberi penuh kepercayaan padaku...Disebalik kelukaan ini, pasti ada kesembuhannya nanti...Cuma perlu sabar...sabar...sabar dan terus berdoa...Ampunkan aku ya Allah, terkadang aku lemah tak berdaya menanggung derita hati...Namun, aku tetap berharap moga KAU berikan jawapan terbaik buatku.. Amin....

~Sebaik-baik taubat ialah Taubat Nasuha.Aku selalu kata yang aku jahat.Masih banyak yang aku tak tahu. kawan aku kata "takde sapa yang sempurna".Insaf! hehe,sebenarnya aku sendiri yang kurang rajin. Padahal ilmu tuh kan boleh dicari...boleh ditambah...haish, Cj nih, suke sangat beralasan...~