Sunday, April 17, 2011

Muhasabah Cinta untuk Jaya

Assalamualaikum
Sebagai mantan remaja, aku sudah melalui banyak jalan, banyak cabang, banyak denai malah aku hampir-hampir terjerumus ke dalam lembah yang penuh najis menjijikan. Aku menangis. Aku merintih. Pada siapa? Pada DIA yang Maha Esa. Aku cukup takut bila mengenangkan dosa-dosa yang telah, sedang & bakal aku lakukan.

Contoh paling mudah, tadi aku dan kawan aku bercadang untuk ke Tesco. Pasaraya yang paling berhampiran dengan tempat tinggalku sekarang. Aku membelek-belek pakaian yang sesuai untuk ku sarung ke tubuh. Setelah siap berpakaian dan bertudung. Aku berfikir-fikir, "nak pakai stoking ke taknak?"... Padahal aku memang tahu bahawa kaki tuh aurat.. Kalau ikutkan hati, aku memang 'gamble' pakai selipar jamban je pegi Tesco. Ala...bukan jauh pon...ta payah la nak segak-segak macam nak pegi kuliah... See: aku tahu, tapi tak mahu amal.. Bukan kah Imam Ghazali kata: Ilmu tanpa amal itu GILA...

Sepanjang hidup nih, aku menimba banyak sangat ilmu dari orang yang aku tak kenali secara realiti. Paling jelas dalam ingatan aku, sekitar tahun 2004(aku form 4). Masa tuh,aku dah ada henpon sendiri.Kejadian nih berlaku semasa bulan Ramadhan. Aku dihubungi oleh seorang hamba Allah yang aku tak ingat nama. Tapi hamba Allah nih lelaki. Katanya, dia duk dekat daerah yang sama dengan aku juga. Dia suka sangat bercerita dan aku tekun mendengar...Seingat aku, dia baru putus cinta. Dia frust sangat dan hampir-hampir terjun dari jambatan Sungai Perak. Kata dia lagi, dia boleh buat macam-macam untuk balas dendam kat perempuan tuh, tapi dia taknak buat jahat. Seingat aku lagi, dia pesan kat aku supaya jaga diri elok-elok.. Dia kata lagi, salah satu cara lelaki nak pedajal kaum perempuan adalah dengan memanipulasi tuala wanita... (aku paham pesanan dia, tapi aku tak reti nak explain kat sini)...Seingat aku lagi, dia cuma telefon aku waktu malam... Bila dah agak lama dia tak telefon,aku try call balik nombor yang dia guna tuh, tapi operator kata "nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan"... Aku tak fikir macam-macam pon, tapi aku ingat elok-elok ilmu/pesanan yang dia sampaikan...

Next, yang agak terkini, sekitar tahun 2 aku di Uni Siang Malam. Masa tuh,aku tengah tunggu bas sorang-sorang. Aku memang jenis suka sorang-sorang, malas nak menyusahkan orang. Masa tuh cuti hari merdeka. So, memang ramai sangat orang kat Stesen Bas *tempat dirahsiakan* Ramai sangat orang sampai takde tempat nak duduk. So, aku pun berdiri sorang-sorang dekat dengan tiang besar. Tetiba, aku didekati oleh seorang PakCik...Dia pon memulakan sesi beramah mesra dan aku pon menjawab dengan ramahnya memandangkan dia seorang PakCik tua yang patut untuk dihormati...Bla..bla..bla...sembang tuh..sembang nih... Dia mintak nombor telefon sebab katanya dia kenal bapak aku..So,senang la kalau nak contact nanti... * yeah,aku taw,aku ngek masa tuh...selamba je bagi nombor phone kat orang*..Bila aku dah sampai destinasi yang aku nak tuju, Pakcik tuh call aku.... Masa nih lah, aku maki hamun PakCik nih dalam hati.... Then, aku nangis gile-gile-gile... sampai abang aku kene pujuk-pujuk aku... 

Pengalaman-pengalaman macam inilah yang membuatkan aku makin dewasa *cheewahh*... Syukur pada Allah, bila aku terasa sukar..terasa macam tak mampu nak pikul, terasa down sangat, DIA kuatkan aku dengan ayat-ayat cintaNYA... Oh ye, dulu aku punya kekasih. Aku sayang dia sampai sekarang. Sebab itulah aku terasa susah sangat nak terima orang lain sebagai pengganti. Aku sayang dia seikhlas hati. Aku suka dia ceria gembira...Tapi, aku perlu putuskan hubungan yang tak halal tuh. Ini risiko yang patut aku ambil demi kasih aku pada KEKASIH. Dan puisi ini aku tuju untuk dia. Tapi, aku tak sempat nak bagi dia baca, sebab dia macam marah je kat aku lepas aku mintak putus.....Hakikatnya, aku sayang dia sangat....Sangat...Doa aku untuk dia, akan terus aku kirim... Aku redha dengan semua nih. InsyaAllah..aku redha... Aku dah jumpa cinta sejati aku dan aku masih menanti jodoh aku (kalau ada)...

Sekian, entri panjang lebar untuk memuaskan hati sendiri...Hari-hari penting makin hampir tiba, aku nak berjaya. Aminkan doa aku ye... Salam...