Friday, April 8, 2011

Kisah seorang budak dan si kakak yang bercermin mata kerana rabun jauh akibat selalu menangis sewaktu bertungkus lumus menyiapkan esaimen Matematik yang maha susah.

Assalamualaikum
Tersebutlah kisah, ada seorang budak bertanya pada si kakak yang bercermin mata.  "Kakak, macamana cara kakak belajar untuk subjek nih?" Si budak kelihatan sangat bersemangat ingin berjaya. Si kakak bercermin mata kelihatan takut-takut kerana pernah hampir tersungkur sewaktu mendaki tangga kejayaan. Kini,si kakak hampir berjaya menggapai impiannya, si adik pula melangkah dengan bergaya mendaki tangga-tangga menuju puncak jaya...

Erk...intro ala-ala syair. Tapi, sebenarnya bukan nak bersyair. Sekadar nak berkongsi tips untuk memupuk rasa cinta pada subjek Matematik. Kegilaan pada subjek Matematik sejak berada di sekolah tadika membuatkan diri ini meneruskan pengajian dalam bidang penomboran ini. Walau pernah dikaunseling oleh bakal kakak ipar yang tak jadi supaya berfikir panjang-panjang-panjang-panjang-panjang sebelum mengambil keputusan untuk terjun ke dunia penomboran yang bukan sekadar nombor malah penuh dengan bullet & numbering yang pelik-aneh-menakutkan & mencabar kepala otak & kepala lutut...

Kalau anda rasa Matematik tahap UPSR,PMR & SPM tuh susah, anda fikirkan dalam-dalam lagi. Buat adik-adik yang masih bersekolah, cintailah Matematik. Walaupun Bahasa Melayu wajib lulus, Matematik wajib cemerlang... Kalau nak cemerlang, sembahyang jangan tinggal,barulah Allah makin sayang. hehe, ops..ter-Ustazah la pulak kan! 

Ok, Kembali kepada tujuan asal.. CJ suka Matematik tapi bila dah masuk peringkat Universiti ditambah pulak termasuk dalam Universiti Siang Malam, otak nih jadi slow bin kekure. Astagfirullah-al-azim... Mungkin otak telah dicemari bendasing-bendasing yang membantutkan perjalanan darah ke dalam sel-sel otak... Maka, tips kali nih, CJ pinjam dari belog mat salleh...

Terdapat banyak formula dalam Matematik. Kita bukan sahaja perlu hafal, malah perlu faham bagaimana cara menggunakan formula tersebut.. Here, HOW TO UNDERSTAND MATHS FORMULAs.

a. Understanding math is like understanding a foreign language:
Sebagai anak jati kampung Jawa yang sudah terbiasa menulis dan membaca tulisan rumi, adalah sangat pelik sewaktu pertama kali tengok cerita Jepun dalam bahasa Jepun(tanpa terjemahan).
Disebabkan terlalu minat akan cerita Jepun, maka mengambil keputusan untuk mengikuti kelas Jepun dan mempelajari kanji Jepun...terdapat banyak simbol,cara tulisan,cara sebutan yang perlu dihafal dan difahamkan...

Haa....Matematik pon macam tuh jugak! Kena hafal banyak simbol Matematik. Kena fahamkan banyak istilah Metematik. Bezakan. Kamirkan. Faktor Sepunya Terbesar. Gandaan Sepunya Terkecil. Nombor perdana. Nombor Bulat..
Contoh simbol-simbol:
π = 3.142 (sebutannya pai)
Kalau korang belum tahu, 14/3 merupakan Hari Pai @ Pi Day. Kenapa? kerana omputeh salu tulis bulan dulu baru hari... 3/14<14 hari bulan 3>

b. Learn the formulas you already understand: 
Haaa...korang kena ulangkaji balik semua formula yang korang dah pernah belajar masa kecik-kecik dulu ataupun sebulan yang lalu, tahun lalu atau yang baru belajar semalam.

Contohnya: Tahun nih korang tingkatan 1. Korang belajar tentang Percentages (peratusan). Simbol: %. Cikgu Matematik korang takkan ajar dah cara-cara nak membahagi. So, korang kena recall bab cara-cara nak membahagi yang telah korang pelajari sewaktu di sekolah rendah. Ingat tuh! Matematik bukan subjek touch and go. (dah abes exam dah tak payah blaja).Ia subjek yang evergreen...(sentiasa segar dalam pemikiran)..

c. Keep a chart of the formulas you need to know:
Ni tips paling penting. Catatkan segala rumus yang korang harus tahu. Bukan semua rumus akan diberi sewaktu peperiksaan, maka haruslah catatkan segala rumus yang perlu dihafal.Write the formulas down and write them often. Use Post-It notes or a big piece of paper and put the formulas around your bedroom, the kitchen and the bathroom. Include the conditions for each formula and a description (in words, or a graph, or a picture). 

Buat calon-calon UPSR, adik-adik haruslah hafal rumus isipadu silinder,luas segitiga,luas permukaan kon, isipadu kon..dan semestinya wajib HAFAL SIFIR!!!!


nih jadual untuk bakal pengantin lelaki...haha


 Akhir kata, selamat maju jaya buat anda dan buat saya. Belajar kerana Allah. Belajar untuk kepentingan umat islam sejagat. Salam Kecemerlangan dari CJ...