Thursday, April 28, 2011

Jangan Bersedih,serahkan urusan anda kepada Qada' dan Qadar Allah

Assalamualaikum

Cj masih di kampung.Cj pernah berjanji bahawa Cj ingin menjadi anak penyejuk hati ayah bonda selagi masih punya waktu...Alhamdulillah, sepanjang cuti nih, Cj dapat luangkan masa untuk ayah bonda... Mak Cj sakit tangan & dalam proses penyembuhan (tengah berubat). Ayah Cj sihat alhamdulillah (makin berselera makan)... Cj lak bahagia dapat tatap muka ayah bonda setiap hari...Alhamdulillah...
"Jangan biarkan masamu berlalu tanpa pengorbanan. Sepanjang roh masih setia menemani jasad. Kegembiraan tak selamanya menemani hari-harimu. Terkadang datangnya kesedihan, tidak boleh kamu tolak."

"Sesuatu yang diimpikan tak selalunya menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selamanya. Tiada abid yang ma'sum tanpa dosa, apalagi bila berjiwa pemuda. Namun, kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan, tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa, tetapi tak mustahil esok kita rebah tak berdaya. Semuanya bukan ketentuan kita."
Hari ini, Cj nak kongsikan topik yang paling penting dalam Agama Islam. Tauhid bukan sekadar menyebut 2 kalimah syahadah (‘laa ilaha illallah’ bermaksud tidak ada Tuhan selain Allah) sebaliknya kalimah ini menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar, berlindung dan berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah. Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha beramal, sedang hakikatnya syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia Allah. Konsep ini melahirkan konsep tawakkal, dimana selepas kita berusaha, tetap kita perlu kepada Allah.
Topik: Tauhid
Maksud: Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT) semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.
Tauhid ar-Rububiyyah
- bermakna beri’tiqad(perasaan yakin dalam hati) bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam.Semua perkara adalah bagi-Nya, ditangan-Nya terletak seluruh kebaikan, Dia berkuasa atas apa sahaja yang Dia kehendaki dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal ini, termasuklah qada’ dan qadar seseorang.
Tauhid al-Uluhiyyah  
-menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.Ketauhidan ini dibina atas dasar ikhlas kerana Allah semata-mata, bersama rasa cinta, takut, mengharap, tawakal, gemar dan hormat secara menyeluruh hanya kepada Allah.
Tauhid Rububiyah Melahirkan Tauhid Uluhiyah
Tauhid rububiyah adalah merupakan keyakinan yang bulat dalam bentuk pengakuan bahawa Allah adalah sumber penciptaan. Dari keyakinan demikian lahirlah tauhid uluhiyah dalam bentuk pengakuan bahawa yang wajib disembah hanyalah Allah, kerana Allah sumber penciptaan, dan ciptaan perlu patuh pada penciptanya. Tidak ada sesuatu yang lain yang berhak disembah melainkan Allah. Malahan ayat-ayat yang mengingatkan kaum musyrikin tentang tauhid uluhiyah juga mencakupi peringatan tentang tauhid rububiyah dan sebaliknya.

Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai berikut:
"Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang i’tiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qat’i (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, Al-Quran dan Hadis."
Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap kepada Allah kerana itu hak Allah kepada hambanya. Suatu kisah terjadi dizaman Rasulullah s.a.w, dimana seorang pencuri telah dipotong tangannya, lalu dia berkata kepada Nabi, “Allahumma Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad.” Nabi s.a.w langsung bersabda:
“Dia mengetahui yang hak bagi yang berhak.” Perkara ini menunjukkan bahawa yang patut ditakuti, digeruni, diharapkan dan dipanjatkan doa ialah Allah, dan Allah semata.

Tanda-tanda ketauhidan
Ketika anda disakiti orang lain dan anda memiliki beberapa sikap terhadap mereka iaitu:
  1. Memaafkan
  2. Keyakinan terhadap qada' dan qadar
    Anda harus menyedari bahawa dia tak menyakiti orang lain kecuali itu merupakan ketentuan Qada' dan Qadar Allah.
  3.  Penghapusan dosa
    Anda harus menyedari bahawa kejahatan yang dilakukan orang lain terhadap diri anda adalah sebagai penebus dosa anda, penghapus kesalahan, pelebur kekhilafan anda dan sebagai peninggi darjat anda.
  4.  Munculnya kesedaran terhadap kekurangan diri anda
    Anda menyedari bahawa segala perkara yang menyakiti anda tidak mungkin ditimpakan pada diri anda melainkan akibat daripada dosa yang telah anda lakukan.
  5. Anda memuji Allah dan anda bersyukur kepadaNYA kerana anda telah diciptakan sebagai orang yang dizalimi dan bukan orang yang menzalimi.
  6. Anda tetap bersikap kasih sayang terhadap orang yang menyakiti anda kerana dia berhak mendapat kasih sayang anda.
Kata hati Cj: Seandainya kita betul-betul mentauhidkan Allah, sudah pasti kita takkan berkeluh kesah, bermuram durja,cemburu buta, terlampau sedih, memaki hamun dan kita pasti tersenyum setiap kali diuji, kan?? Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku... rujukan,rujukan