Friday, April 1, 2011

Boleh kita bercinta seperti dulu???

Assalamualaikum
Hari nih entri fiksyen. Bercerita & bergelak tangis bersama Cik Jari. Hari-hari rusuhan tersangat hampir. Perasan bercampur aduk. Ada debar. Ada teruja. Ada takut. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan. Hasbunallah wa ni' mal wakeel...

Topik hari ini ialah Mentor(méntor) pembimbing atau penasihat (yg arif dan berpengalaman) kpd seseorang


Ni mentor aku. Dari zaman aku jahil Matematik sampailah zaman  SPM.Alhamdulillah...Aku berjaya juga menawan subjek nih.Walaupun selalu jugaklah kena marah dengan beliau, tapi aku tetap tabah menghadapinya. Terima kasih banyak-banyak Mentor ku... Budi, jasa dan pengorbananmu tak mungkin kulupakan. Walaupun kita semakin jarang bersua muka. Semakin jarang berutus khabar berita, kudoakan moga Allah kurniakan yang baik-baik buat dirimu... Amin...


With My Mentor...Tapi,sekarang nih cinta aku pada Matematik kian pudar. Aku tak tahu dimanakah silapnya...Kami tidak lagi sefahaman. Aku makin sukar memahaminya...dan dia semakin pantas berlari meninggalkan aku yang terkapai-kapai kebuntuan untuk cuba memahami dan mengusainya...oh Maths!! kau sungguh kejam.... aku semakin tertekan dengan sikapmu...batinku menjerit,namun tiada suara...kau seksa jiwa ragaku....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, tapi aku tak ingin jadi loser!!!! aku akan berjuang untuk merapatkan jurang antara kita. Aku ingin kita bersatu seperti dulu...Jika dulu, tatkala aku sedih kecewa,indeks dan logaritma mententeramkan aku...tatkala fikiranku kosong, pembezaan dan pengamiran hadir untuk membuatkanku berfikir... Kita sangat akrab suatu ketika dulu....Aku mahu kita jadi seperti dulu.... Oh Matematik, terimalah cintaku kembali...

~Sebenarnya, takde idea nak menconteng. So, setakat ini saja pertemuan kita. Jumpa lagi dilain waktu dan ketika...Sebarang cadangan,kutukan,kritikan,pujian,salam perkenalan,salam persahabatan mahupun salam perantau; bolehlah emelkan kepada nurulexplicit88@gmail.com...Salam

Walaupon hati bentuk love,akan bertukar jadi bulat bila dah nekad....Bulatkan Hati..Bulatkan mata..demi orang tercinta yang jauh dimata,namun sentiasa berkirim doa.. Moga Allah lindungi kami semua....