Thursday, April 14, 2011

Bila kita fikir kita nak kahwin...

Assalamualaikum
Sorry guys...Lepas nih entry kat sini memang akan lebih banyak entry cinta.Entry kawin.Yeah memetik kata-kata si Nota Siku:
Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha nak merubah diri supaya dapat menjadi seorang lelaki yang berkaliber, berakhlak mulia dan beragama. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha untuk menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha untuk bekerja mencari wang untuk menampung keperluan bersama. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha merancang kehidupan kita di hari-hari seterusnya. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha merancang supaya keluarga kita terselamat dari api neraka.
Berdasarkan topik perkahwinan, Cj nak applied sket ilmu yang Cj pernah pelajari....dengan menggunakan  Alat Berfikir CAF(Consider All Factors), nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Cj takut nak kawen.
Faktor 1: Kerjaya
Faktor 2: Kewangan
Faktor 3: Ilmu kekeluargaan/rumahtangga
Faktor 4: Kejujuran
Faktor 5: Keluarga
Dari segi kerjaya, Cj belum ada kerja tetap mahupun sebarang pekerjaan yang boleh menjamin kehidupan sehari-hari...Maka, kewangan pon masih goyah & masih gagal untuk membayar hutang PTPTN apatah lagi hutang dengan akak-abang yang terlalu banyak membantu sepanjang sesi pembelajaran..If dah kawen pon, tak boleh lah terlalu bergantung pada suami..in case, if something bad happen, kita kena survive sendiri jugak....(langkah berjaga-jaga)

Seterusnya, faktor ilmu. Hehe, tang nih memang penting.Bila fikir tentang kawin, mesti Cj fikir tentang masak. Cj masih berhutang dengan sorang blogger yang  'cabar' Cj masak rendang ayam & post (tunjukkan bukti) kat sini. InsyaAllah memang Cj nak sahut cabaran tuh...

Sebagai anak yang paling muda dalam kalangan famili, Cj memang takut/tak yakin masak untuk famili. Bayangkan kena masak untuk akak-abang-akak ipar-abang ipar-anak buah...Perghhh, kalau tak sedap/tak menjadi pasti lah terasa amat segan...(Sori abang-abang ipar, I bukan malas masak...I cuma segann nak tunjuk bakat)

But that doesn't mean Cj langsung tak reti masak..(hehe, mana bleh kondemkan diri sendiri beb)...Cj paling excited masak laksa utara/laksa Penang sebab mudah/murah/senang/sempoi/takde santan. Masakan yang bersantan-santan nih Cj fobia sket sebab takut terpecah minyak...Nanti struktur kuah tuh tak cantik... 

keyword: pengantin muslimah

Next, faktor kejujuran.Nih faktor yang paling menakutkan...huish,seram...

Last but not least, faktor keluarga...Kalau kita suka orang tuh..orang tuh suka kita...dah suka sama suka. Macamana dengan keluarga si dia..Sudikah terima kita? Macamana dengan keluarga kita? Setujukah dengan pilihan hati kita?? zzzz

Setakat nih saja contengan untuk hari nih. Contengan untuk kepuasan diri. Yeay...