Monday, April 25, 2011

Bertudung tak semestinya baik, yang MENUTUP AURATlah yang PALING BAIK

Assalamualaikum
InsyaAllah, mulai saat ini, akan ada lebih banyak entri berkaitan Sains & Islam. Entri luahan hati & cetusan rasa akan makin berkurang sebab Cj makin kedekut nak becerita tentang soal hati & soal rasa... Kesimpulannya: biarlah rahsia... 

Topik yang ingin Cj kongsikan pada hari ini ialah "Bertudung tak semestinya baik, yang MENUTUP AURATlah yang PALING BAIK"...

Sebelum bersolat umat Islam wajib menutup aurat. Tanpanya solat seseorang tidak sempurna dan dianggap tidak sah. Secara dasarnya, umat Islam yang sudah baligh, tidak kira lelaki ataupun perempuan, wajib menutup aurat mengikut batas-batas yang ditetapkan agama.

Berhubung dengan wanita Islam, antara ayat yang menjelaskan berkenaan batas-batas ini adalah penjelasan Allah di dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka, dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita ataupun anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita'."
Semasa ayat ini diturunkan, kaum wanita membudayakan jenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tapi masih mendedahkan leher, telinga dan bahagian atas dada mereka. Justeru, ayat ini diturunkan supaya kaum wanita memakai tudung kepala yang dilabuhkan sehingga menutupi bahagian-bahagian itu. Hal ini disebutkan oleh Qartubi di dalam al-Jamik Li Ahkamil Quran. Walau bagaimanapun mereka boleh mendedahkan "(perhiasan) yang biasa ternampak daripadanya." Abdullah bin Abbas mentafsirkannya sebagai "muka dan dua tapak tangan". Abdullah bin Omar mentafsirkannya sebagai "muka dan dua tangan". Justeru, aurat kaum wanita Islam berdepan dengan lelaki bukan Muhrim adalah seluruh badan kecuali muka dan dua tangan.

Semasa ayat 31:Surah An-Nur diturunkan, kaum wanita membudayakan jenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tapi masih mendedahkan leher, telinga dan bahagian atas dada mereka
Lebih daripada itu, perhiasan yang terdapat di bahagian muka dan dua tapak tangan seperti cincin, celak, inai dan seumpamanya, boleh didedahkan apabila berdepan dengan mereka yang bukan muhrim. Kesemua pendapat ini disebutkan oleh As-Syeikh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir.

Islam tidak menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat dan tidak menjolok mata. HAMKA di dalam Tafsir al-Azhar berkata:
"Tidaklah kesemua pakaian Barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan negeri kita dapat diterima. Kebaya Jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam."
Kebaya Jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam
Dari sudut psikologi, menutup aurat bagi wanita Islam adalah lambang ketinggian maruah dan harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita-wanita jahiliah. Ia bukannya lambang penindasan bagi wanita. Beberapa golongan di Barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya.

Menutup aurat ada kelebihannya. Karima Burns (MH, ND) di dalam artikel The Science Behind the Veil mengatakan:
"Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala. Justeru, menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan di musim panas. V.G Rocine, seorang pakar otak, mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Ferenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun dan hal ini akan menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negatif."
Kata hati Cj: Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini...oit kome, bapak teman salu pesan : hidup nih bukan untuk suka-suka... Sebenarnya,nak menjauhi laranganNya kadang-kadang terasa lebih sukar daripada menunaikan perintahNya... Nak contoh? Kita jaga solat...tapi kadang-kadang kita mengumpat...Sedangkan Rasulullah  SAW bersabda:
"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)