Tuesday, April 19, 2011

Ba Alif Ba Ya

Assalamualaikum

Dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi terdapat sel-sel khusus yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel @ tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya. Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampu member jawapan kepada punca 4 wabak penyakit demam selesema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini. 

Ia bermula dengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977. Kajian-kajian oleh ahli-ahli sains menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya wabak pada tahun 1918.

Tambahan daripada itu, BBC News bertarikh 29 Oktober 1999 memfokuskan berkenaan penemuan ahli-ahli sains yang menunjukkan virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Mengikut Dr Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin- Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi adalah satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu. Yang membimbangkan, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan daripada virus-virus ini.

Selain itu, virus daripada keluarga HIV juga wujud di dalam babi dibawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan. Prof Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang kuman virus dari Institut kajian kanser, London berkata:
Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi adalah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah daripada keluarga yang sama dengan virus HIV.
~Ada sebab kenapa Allah mengharamkan babi..Bukan takat makan,malah menyentuhnya pon diibaratkan menyentuh najis...erk,Cj tak paham,kenapa budak-budak suka panggil "babi" bila tengah marah or tak puas ati...Mengapakah? Kenapakah? Tak boleh ke panggil "meow...meow"..kan lebih manja...Ok,to be honest, kecik-kecik dulu Cj pon hampir-hampir terpengaruh dengan kawan-kawan yang suka beno sebut perkataan tuh...Nasib baik dapat bapak yang garang & tegas...Lepas kena jentik mulut, terus insaf~~
(http://www.liberation-mag.freeserve.co.uk/Xenotransplantation.htm)