Friday, March 18, 2011

Tips menambat hati kekasih : Coklat Homemade Halalan Toyyiban

Assalamualaikum
Selamat Hari Jumaat. Alhamdulillah, masih dapat menaip dalam Buku Conteng ini. Dah beberapa hari tak update blog. Kemalasan untuk bercerita @ memanjangkan cerita menyebabkan CJ senyap untuk seketika. Yeay..be professional kan..haha...

Di hari Jumaat yang mulia ini, dengan suka-cita nya CJ menerima bungkusan berupa COKLAT yang ada nama  CIK JARI.....

Kualiti gambar sangat tidak memuaskan..Huruf-huruf tuh sebenarnya kaler oren pekat
Meh nak cerita sikit, masa CJ bukak box cokelat tuh, semerbak bau mint...waaaa, best sangat..berbau segar.....Lepas tuh, CJ pon menerjah-nerjah coklat tuh... Wow, ade bluberi filling. (tengok gambar kat bawah nih)...Ada oren filling...Ada almond... Sedap..Sedap...

BTW,semalam CJ takde mood. Nak bercakap pon malas. Mood sedey-sentap je... Sebabnya?? Adalah..... haha.. But now, i'm happy.(..lau tak caye, sila terjah status FB Jari Finger)  Maybe sebab makan cokelat, terus mood jadi macam orang tengah bercinta...Haaa, kalau korang nak tahu , coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Jadi, buat pakwe-pakwe yang nak memujuk makwe-makwe yang tengah sedih-emo-tak tentu hala tuh, korang orderlah cokelat yang cantik-cantik nih & send kat makwe korang... Amacam??Bagus tak tips CJ nih? Haha....

ada blueberi filling. Dah kena gigit dengan Cik Jari. Sedap woah....
1 box (15 pcs) - RM20 (tak termasuk kos penghantaran)
Untuk pengetahuan korang, Sis Dilla & Bro Fared nih merupakan pemilik belog chocopot. Kalau korang nak tempah homemade chocolate untuk Majlis Pertunangan, doorgift kenduri kahwin, Majlis hari Jadi or saje-saje teringin nak makan cokelat...bolehlah order kat diorang.

Terjahlah belog chocopot untuk melihat lebih banyak coklat-coklat yang berposing cantik... :)

p/s: Ade sesape yang tengah merajuk dengan CJ?? Meh sini meh, CJ nak bagi coklat....