Monday, March 28, 2011

SIKAP

Assalamualaikum

Seperti air dalam kolam 
Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.
Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang.
lenggang serdadu = sikap yang gagah.
Lembah diraih, pantai dititi.
Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah.
raih = tarik.
Bagai kilat senja, bagai petir tunggal.
Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.


"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga." - Faisal Tehrani, Dewan Siswa April 2010.

Rancu = bercampur aduk; kacau (ttg bahasa)
Jati diri = sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb.
Hedonisme = pegangan atau pan­dang­an hidup yg mementingkan kese­ronokan atau kesenangan hidup.
Pluralisme = keadaan masyarakat yg terdiri drpd pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dsb.

~~zzz,tetibe malu dengan diri sendiri..~~Sekian