Wednesday, March 30, 2011

Sesudah kenyang,ucaplah Alhamdulillah...

Assalamualaikum
makanan ciptaan manusia tidak boleh di keji?
manusia ciptaan tuhan boleh pula di keji?

ada orang kata, jangan keji makanan sebab makanan tuh rezeki padahal manusia lah yang membuat /cipta makanan tuh...tapi orang tuh selamba lak kata orang lain gemuk n hodoh padahal Allah yang cipta manusia...

Nih bukan entri emosi, sekadar interpretasi daripada persoalan-persoalan di atas. Fikir-fikirkan. Mungkin kita berbeza pandangan.Mungkin kita sefahaman..Mungkin ada sebarang pandangan??


Makan sate makan rojak,  
Makan dengan air manis;
Tuan pandai membawa segak,
Di dalam segak membawa manis.

Makan sirih ujung-ujungan,
Makan sekapur sambil berludah;
Saya di sini untung-untungan,
Hidup bersyukur di tangan Allah.

Makan sirih secabik-cabik,  
Makan secabik campak ke laman;
Bukan kupilih orang yang cantik,
Tetapi rasa tidak berkenan.

Makan sirih bercabik-cabik,  
Makan secabik layang ke laman;
Bukannya pilih cantik molek,
Tetapi di hati sudah berkenan.