Tuesday, March 22, 2011

Mengapa saya hendak MENANG,kerana saya tidak mahu KALAH.

Assalamualaikum
Hari ini, kesakitan tekak mula terasa. Ditambah lagi dengan kehadiran mukus-mukus yang berlebihan di rongga hidung membuatkan aku kurang bersemangat untuk mencelikkan mata. Usai solat Subuh, aku kembali bermalas-malasan di atas katil...

Beberapa jam kemudian, setelah selesai mewangikan diri dan mengenyangkan diri...Aku kembali mengadap Delly; laptop kesayanganku..Sudah hampir Zohor... Masih punya banyak waktu sebelum ke kuliah petang.

Jam pada laptop
Maka, aku pon membancuh kopi yang pekat dan pahit. Kata orang, pahit itu penawar. Aku harap, pahitnya kopi mampu 'menyembuhkan' penyakit ngantuk ku... Kopi Lingzhi DXN: Kopi kegemaran seisi keluarga. Kata Mak, kopi ini baik untuk kesihatan.
Mug bunga-bunga..Beli kat Mydin,Bukit Jambul
Selesai membancuh kopi, aku pon menaip di sini. Menaip dan bercerita kisahku hari ini. Alhamdulillah, aku berjaya menghadapi kesedihan-kekecewaan-keterkilanan-kerinduan-kekeliruan dengan tabah-setabah-tabahnya dengan bantuan yang Maha Esa... Aku rasa, Solat Hajat dan Zikir-zikir yang aku pelajari dari Majlis-majlis ilmu dan ajaran dari guru-guru agama mampu menenangkan hatiku...Kawan aku kata, carilah pakwe...Kalau ada pakwe, bolehlah berkongsi cerita...berkongsi suka-duka...hidup terasa bermakna....Hehe, aku sengih je...
Lihatlah...Kaler yang menarik...
Bagi aku, lebih baik aku meneguk se-Mug kopi pahit daripada terus meneguk dosa daripada hubungan yang tidak halal. Pahit kopi mampu menjadi penawar, pahitnya dosa membawa kemurkaan yang Maha Esa... Aku tahu, masih ramai yang berjaya menjaga batas-batas pergaulan dalam perhubungan...Tahniah aku ucapkan! Aku tahu kelemahan diri aku, sebab itu aku tak mahu memulakan lagi sekali hubungan cinta dalam keadaan aku BELUM BERSEDIA ke arah gerbang RUMAHTANGGA.

Buku Teks Calculus
Hehe.. Aku ada cita-cita. Aku Mahu jadi NENEK yang terer Advanced Calculus. Macam kelakar kan?? Ye lah, subjek nih lah yang membuatkan aku kecut perut... Duduk tegak sepanjang masa kuliah, tak henti-henti berzikir sepanjang masa tutorial (sebab takut kena soal).....Mudah-mudahan nanti, bila aku dah bergelar nenek-nenek, aku dapat mengajar cucu-cucu aku subjek nih. :)

~Sekian, doa-doakanlah aku cepat sembuh. Salam Sayang dari CJ...
Menghormati dan mencintai diri sendiri akan menjadikan anda seorang yang HEBAT.~Pujangga