Friday, March 11, 2011

Mengadulah pada yang sayang, Merajuklah pada yang kasih

Assalamualaikum
Yeay, aku baru je siapkan 1 kerja. Alhamdulillah, petang nih boleh la bersiap-siap balik kampung. Malam semalam My Daddy called dari kampung. Hehe, sebenarnya hari-hari pon my Daddy called sebab aku malas nak topup. Lagi pon, cuma panggilan dari My Daddy je yang aku akan accept. Tapi, pernah juga aku jawab call dari nombor yang tak dikenali. Tu pon was-was jugak sama ada nak cakap atau senyap je.... Then, bila dengar suara abang aku kat talian belah sana, baru lah aku excited nak bercakap-cakap...

Dulu-dulu, aku memang tak lekang dengan telefon. Masa dulu-dulu, Akiey(abang bongsu) single lagi. So, dia rajinlah nak bermesej-mesej ngan aku. Sekarang nih dah nak kawen pon, SMS jarang sekali, call kadang-kadang...Haha, ini bukan ayat jauh hati, tapi realiti. Aku tak kecik ati malah memahami. Sama jugak halnya dengan kawan-kawan aku yang dah berGF atau berBF... Memang sangat jarang-jarang berhubung. Tapi, kalau diorang terasa nak cerita atau khabarkan berita gembira atau perlukan pertolongan, aku akan cuba penuhi permintaan diorang... 

Tapi, kalau aku tengah ada masalah, aku akan fikir dalam-dalam sama ada nak berkongsi dengan kawan atau sekadar lepaskan geram dalam buku conteng nih. Biasanya, aku tenangkan diri dulu. Lepas tuh, baru lepaskan/luahkan sikit-sikit kat kawan yang dipercayai. Sebabnya, aku taknak isu yang kecil menjadi semakin besar.

Aku suka bila orang cakap " saya dah masak sangat dengan perangai awak...bla..bla..bla.." Lepas tuh, orang tuh tegur sikap or silap aku. Sebabnya, kadang-kadang aku lupa nak muhasabah diri. So, kawan memang penting untuk nilai & perbaiki diri kita... Ye la, aku kan takde BF, so aku harap kat kawan-kawan je la untuk tegur aku.. erk, nih bukan ayat menagih simpati. Sebaliknya, aku lebih percaya kat kawan-kawan sebab kadang-kadang BF kita sendiri tak pandai nak nilai / hargai kita. haha, again aku mengungkit kisah lama. 

Alhamdulillah, aku lebih tenang macam nih. Tadi, aku selak-selak buku Tentang Cinta & aku jumpa hadis nih :
Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal." [Al-Hadith]
Hehe, kan aku pernah bagitau dulu...Bukannya aku taknak memikirkan tentang kawen. Cuma, sekarang nih bukan masa yang sesuai. Kawan-kawan aku ramai yang dah kawen. Syukurlah, jodoh diorang sampai awal. Aku?? Mungkin esok..mungkin lusa...mungkin bulan depan...mungkin tahun depan... Doa tetap dipanjatkan moga dikurniakan jodoh yang sekufu bila sampai masanya nanti... 

Yup, aku selalu ingatkan diri sendiri supaya jaga pandangan mata. Heh, korang ingat perempuan je ke yang seksi? Laki pon seksi gak. Malas aku nak cerita. Nanti memalukan kaum Adam pulak. Mungkin juga ada yang tak puas hati nanti. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut.Namun begitu, lelaki dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak...Erm,adab pon penting kan?? So, kalau nak duduk depan perempuan tuh, sila la pastikan baju anda mampu menutupi belakang badan anda dan ke bawah....

Sekarang nih, kalau aku terasa macam old-fashioned atau kuno sebab 24/7 kali pakai baju kurung atau pakai baju labuh, aku akan ingat-ingat balik lirik lagu nasyid " utamakanlah pandangan Allah, daripada pandangan manusia".. then, insyaAllah keyakinan semakin bertambah.

So, Persoalannya...Ade ke orang yang nak kat aku? Aku bukan ustazah yang fasih  serba-serbi bab agama, Aku bukan perempuan solehah yang lemah lembut tutur kata,aku cuma insan yang hari-hari belajar mengenal agama dan tuhan...Apa-apa pun, aku serahkan segalanya pada Allah...Tak ingin terburu-buru.. tak ingin memburu...dan tak perlu diburu.... yeah, salam sayang dari CJ....