Tuesday, March 8, 2011

Masa berkadar langsung dengan Amal...InsyaAllah

Assalamualaikum
To be honest, aku berubah sebab seseorang. Sebab dia. Dia yang pernah membuatkan aku keliru. Keliru antara jalan gelap dan jalan terang. Dia yang kononnya akan menyayangi aku sebanyaknya. Dia yang kononnya mahu aku mendampinginya. Dia yang kononnya mahu aku jadi yang baik-baik. Akhirnya...
Tapi, aku tak pernah menyalahkan dia mahupon menyalahkan takdirku. Cuma, baru kini aku sedar bahawa aku terlalu 'melindunginya'... Pejuang cinta yang sejati, pasti akan selalu melindungi orang yang dicintai, kan? Haha, karut! Padahal, dia terus hanyut dengan agenda hedonisme dunia dan akhirnya menjebakkan aku ke lembah edan itu. Syukur aku masih punya ayah, punya emak..yang pasti mendoakan yang baik-baik untuk anak ragil berkepala batu berjiwa lembut ini.... Kontra bukan? Aku degil tapi hati aku cepat lembut andai ditarbiyah dengan kata dan doa...

Thank you Allah, akhirnya aku menjadi diri aku yang sebenar... Aku semakin nampak salah dan silap aku yang dulu.

Sebenarnya, baru hari ini aku meluahkan betapa aku meluat dengan sikap dan tindakannya. Moga Allah tunjukkan jalan terang buat dia. Aku hanya meluat pada sikap dan tindakan, bukan pada hati dan jasadnya. Mana bisa aku melupakan jasa dan budinya. Hanya doa yang baik-baik yang mampu kukirimkan agar dia menjadi insan yang lebih baik. Baik dipandangan Allah.....

Sekian.