Monday, March 14, 2011

Mari mewangikan diri sambil muhasabah diri

Assalamualaikum
Hari ini, hari yang rileks walaupon ada kerja yang masih belum siap... Boleh pulak CJ bersenang-lenang lagi sambil menunggu-nunggu idea yang gempaq dan bernas untuk menyiapkan 'cerpang' sepanjang 8 muka surat. Kunon-kunon mencari idea sambil berbaring sambil mendengar radio, namun akhirnya kepala terpelangkup di atas timbunan kertas kerja lalu hanyut dalam dunia gelap yang mendamaikan akal dan fikiran..... zzzz....   

Sebenarnya, hari ini CJ nak berkongsi cerita tentang perfumes... Sebenarnya, waktu kita belajar, sangat digalakkan memakai perfume @ wangi-wangian kerana pabila kita memakai perfume,kita akan rasa lebih bersemangat... hikhikhik...memandai je kan?? Actually, CJ pernah dengar rakaman ceramah motivasi Datuk Dr. Fadzilah Kamsah..Salah satu tips belajar ialah: memakai wangi-wangian sebelum belajar....( CJ malas nak gi mencari info tuh...korang google la sendiri ye)....

Burberry
Selalunya,CJ akan pakai perfume kat atas nih. Best bau perfume nih.. Wangi..Haha, dah nama pon minyak wangi, mestilah wangi....kan???  Oh ye, minyak wangi nih free alcohol.. plus telah dibacakan ayat-ayat rukyah a.k.a ayat-ayat penawar...

Memandangkan perfume kat atas nih dah tinggal sikit, maka hari nih CJ merasmikan perfume baru... Nina Ricci.. Bau segar...Bau epal..

Nina Ricci

Calit sikit je, tapi haruman berpanjangan sehingga petang. Perlu diingat, kaum wanita seperti CJ tak boleh calit banyak-banyak sangat. Cukuplah sekadar untuk mengelakkan diri daripada bau yang kurang menyenangkan...[Refer Hukum memakai perfume]

Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

p/s: sesiapa berminat nak beli minyak wangi seperti di atas?? Sebotol : RM6..2 botol :RM11... (ada banyak lagi pilihan untuk lelaki dan perempuan)
~Walaupon CJ penjual minyak wangi,tapi ayuhlah kita sama-sama ingat sabda Nabi tentang hukum berwangi-wangi agar hidup kita diberkati ~