Thursday, March 10, 2011

Marah-marah kerna Sayang...

Assalamualaikum
Kesabaran sangat penting. Tapi, kadang-kadang emosi manusia bercampur-baur. Kesian bercampur geram, lalu menerbitkan rasa marah yang meluap-luap. Terasa macam nak sepak-sepak anak orang. Terasa macam nak picit-picit hidung kucing. Namun, bila kemarahan reda, rasa menyesal mula terbit dalam dada...Anak orang melalak-lalak, anak kucing sesak nafas. Maka, memang betul la marah tuh GILA. Orang gila akan buat sesuka hati... Berteriak, bertempik....Orang lain jadi takut. Jadi gerun....

Erk, aku pelik sebenarnya. Kenapa ntah, hari nih aku terasa nak marah je... Solusinya, aku senyap sepanjang hari. Tapi, muka kena maintain senyum bila jumpa orang. Aku tak suka dapat tittle sombong. Aku tak suka orang sombong. Maka, aku taknak jadi sombong.( sombong = susah nak senyum ) Aku betul-betul bercakap masa my dad kol petang tadi... Selebihnya, aku senyap sambil buat kerja sendiri........ Marah kat sapa? Marah sebab apa?Aku sendiri pon tak dapat nak jawab soalan nih...

Yep, aku tahu marah tuh tak elok... Marah tuh membuatkan syaitan bersorak... Marah tuh membuatkan muka kedut-kedut. Marah tuh membuatkan orang benci. Marah tuh membuatkan orang rasa nak sepak kita... Sebab tuh la aku malas layan perasaan marah ni.... Huhu...

Kesimpulannya, marah tanpa sebab membuatkan kepala aku jadi pening. Sebab tuh aku tak suka marah walau hakikatnya aku selalu je marah adik-adik *anak-anak buah* aku sebab aku sayang diorang... Diorang anugerah terindah bagi aku sebab dah bertahun-tahun aku teringin nak ada adik...

~Sekian...aku tension kowt...menjelang hari-hari rusuhan...cuak owh...Ya Allah, kuatkan daya ingatanku..tambahkan kefahamanku...Amin....