Wednesday, March 9, 2011

Kerana sekeping gambar

Assalamualaikum
Astagfirullah-al-azim... baru aku sedar, kerana sekeping gambar boleh mengundang fitnah. Kalau berkeping-keping, apatah lagi... Selama nih, aku tak terasa sangat, tapi bila teringat balik bahawa aku pernah difitnah kerana sekeping gambar, membuatkan aku cuak dan gerun dengan mata lelaki. Lebih-lebih lagi yang tegur aku tuh seorang 'ustaz'...

Kejadian nih berlaku 3 tahun lalu....

Aku akui silap aku sebab gila sakan mengedit gambar.Then, upload gambar kat Frindster.Ada sekeping gambar tuh, menampakkan seolah-olah aku tak bertudung sebab aku tindih gambar aku dengan rambut palsu & kaca mata gelap...Wow, seksi owh! Haha....(gambar di-remove untuk mengelakkan fitnah sekali lagi)

'Ustaz' tuh komen kat gambar aku tuh : teringin nak masuk neraka ke?bla bla bla bla....  Erk, siyes...aku tak boleh nak terima komen a.k.a teguran tuh.... Then, aku delete dia dari frenlist aku. Bagi aku, gambar tuh cuma sekadar ilusi a.k.a seni je...

Tuh masa zaman Friendster, sekarang nih zaman Facebook. Aku ditakdirkan jumpa balik dengan 'ustaz' tuh. Kali nih dia suka sangat komen "sweet" "sweet" "sweet" "sweet".....erk...siyes,aku tak suka jugak! Senang cite, aku tak suka komen yang macam tuh.Lagi-lagi dia tuh 'ustaz'....Natijahnya, aku block 'ustaz' tuh...

Kesimpulannya, jagalah pandangan mata, tak kira laki atau perempuan. Tak kira sama ada ustaz atau mat rempit... Gambar tuh sebagai pengenalan diri, sebab tuh kat dalam kad pengenalan mesti ada gambar diri sendiri, bukan gambar kartun/bunga kekwa.

p/s: kadang-kadang,aku boleh jadi orang yang tersangat serius. Lebih-lebih lagi kalau privacy aku diganggu-gugat...