Sunday, March 6, 2011

Jika kita rela membuka mata, hati dan akal untuk menerima ilmu secara positif, insyaAllah, kita akan mampu belajar benda baru setiap hari.

Assalamualaikum
Hari ini, CJ menjelajah merentasi belog-belog islamik dengan tujuan menjalin ukhwah dan menimba ilmu. Banyak sekali dalil-dalil akli & naqli yang menguatkan lagi kepercayaan CJ tentang isu yang menimbulkan tanda tanya di hati dan minda CJ. Isu remeh-temeh yang tak perlu dicoretkan di sini. Tapi, CJ sedar bahawa kita tak boleh mengambil enteng setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Walaupun CJ sering menuturkan perkataan "Malas nak pikir", hakikatnya minda CJ sering memikirkan jalan terbaik untuk menangani perkara tersebut. CJ dapatkan pandangan kawan-kawan yang diyakini dapat memberikan input yang wajar, CJ dampingi buku-buku ilmiah yang bisa memberikan jawapan & semestinya mohon pada DIA agar terungkai segala permasalahan.

Ngeh-ngeh, macam berat beno je masalah CJ kan?? *abaikan* I'm not so gay but i'm okay =)

BTW, hari-hari rusuhan bakal menjelang lagi: 19 April,20 April & 4 Mei. Tak lama dah... Then, menjelang hari bahagia akak & abang tersayang. Yeay, dapat abang ipar lagi. Dapat kakak ipar lagi. Mudah-mudahan Allah berkati hidup kami sekeluarga. Mudah-mudahan Allah satukan hati kami sekeluarga selamanya. Mudah-mudahan kami tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur. Amin...


Selamat Menuju Hari Bahagia,Akiey.

p/s: Fikirlah baik-baik untuk hasil yang terbaik.