Monday, March 14, 2011

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda.

Assalamualaikum
Semalam,air mata berlinang-linang. Bukan sebab kecewa-bukan sebab putus cinta-bukan sebab ditengking. Tapi sebab SAYU.....
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Yep,aku akui bahawa aku memang agak senti binti mental tapi bukan mentally disorder. Saat aku menaip entri nih pon,dah menitik-nitik air jernih... Semalam, masa dalam bas (on da way balik dari kampung) pon aku nanges senyap-senyap. Masa tuh duk tepi akak aku. Aku duk tepi tingkap. Bila dah cool sket, baru aku cite kat akak aku... Sedey... Tapi, perkara yang aku sedihkan ini akan terjadi jua suatu hari nanti. Tak boleh nak deny. Ajal maut Allah yang tentukan.... Selagi ada masa, moga aku mampu jadi anak yang menyejukkan hati ayahbonda...

Antara aku dan Mak, memang banyak cerita yang dikongsi bersama. Kadang-kadang Mak lebih selesa bercerita dengan aku dan kadang-kadang ada cerita yang akak aku tak tahu tapi aku tahu. Lebih-lebih lagi aku anak ragil; anak yang paling akhir pengikat cinta ayah dan bonda... Berita semalam, membuatkan aku tak sanggup nak angkat muka, terus lari ke bilik air menahan air mata yang makin laju keluar... 

Sampai saat ini, air mata masih lagi berlinang... Ya Allah, aku mohon kekuatan hati...Ya Allah, kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk ayahbonda...Ya Allah, aku mohon ketenangan jiwa...Moga aku mampu jadi anak penyejuk hati ayahbonda...