Monday, February 7, 2011

Ubahlah diri, Nescaya orang lain akan berubah hasil perubahan kita

Assalamualaikum

" Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diigininya itu mengikut jalan yang halal. " [Al-Hadith]

~~~~ Renungan buat kawan yang sedang berduka kerana cinta ~~~~
taken from: Tentang Cinta: Pahrol Mohd Juoi

Sebenarnya, dalam cinta ada cita-cita dan dalam cita-cita ada cinta. Kadangkala cinta terangkum dalam kebesaran cita-cita. Tetapi ada kalanya cita-cita tersulam dalam keindahan cinta. Tetapi buat seorang pelajar : Dahulukanlah cita-cita... Justeru ia lebih konkrit, realistik dan diberi prioriti berdasarkan realiti dan diri semasa anda.

Anda mungkin kehilangan cinta dalam memburu cita-cita, tetapi usah risau. Mungkin yang hilang itu hakikatnya bukan CINTA tetapi cinta. Dan setelah cita-cita anda tercapai, cinta yang sebaik-baiknya dan semurni-murninya akan berada di hadapan anda.

Pada ketika itu, belai dan suburkanlah pohon cinta itu dengan baik kerana anda sudah cukup layak untuk itu. Baja harta, air taqwa, cahaya ilmu dan tanah iman sudah menjadi milik anda. Tetapi awas, jika cinta didahulukan daripada cita-cita... anda mungkin kecundang, kerana cinta itu belum teguh. Sekerat jalan ia mungkin patah. Lalu anda akan terjerumus dalam lembah frust dan kecewa.

Namun, katakanlah cinta anda dan si dia mampu bertahan sehingga ke hujung tetapi apabila sampai ke hujung...anda tidak punya apa-apa lagi untuk menyuburkan pohon cinta itu. Anda ketandusan taqwa, ketandusan ilmu, kekurangan harta untuk membina sebuah perkahwinan yang baik. Kerana apa? Kerana rupa-rupanya anda silap, dalam mengejar cinta anda telah mengabaikan cita-cita.

Oleh itu, Cintailah cita-cita anda!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Panduan & Peringatan:

Jika calon yang dicari adalah yang 'terbaik' maka selepas berkahwin, apa yang terlihat hanyalah kekurangan
(Kita dah pilih yang terbaik maka kita expect semua daripadanya adalah yang terbaik.) tetapi jika kita memilih yang baik ( berpotensi menjadi yang terbaik ) maka kita akan bersikap realistik. Kekurangannya kita raikan. Lantas jadilah kita dan dia saling melengkapi antara satu sama lain dan di situlah terbentuknya pasangan terbaik.

Antara pilihan dan penentuan. Antara tadbir dan takdir. Antara kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih kepada sikap berhati-hati. Jangan terlalu cepat hingga tersadung. Jangan terlalu perlahan hingga terlambat.

~Nak berubah memang banyak dugaan. Persoalannya NAK ke TAK NAK? ~