Wednesday, February 9, 2011

Triffle tuh sebenarnya sedap ke tak sedap?...

Assalamualaikum
Tahun nih, Mak aku bakal dapat sepasang menantu. Sorang laki. Sorang perempuan. Bertuahnya mak aku... Secara total, bilangan menantu lelaki lebih ramai berbanding menantu perempuan. Setakat nih, mak aku dah ada 3 orang menantu perempuan. Semuanya terer memasak. Beruntungnya aku. Dah tak payah nak sibuk-sibuk masak kat dapur...hehe...Tapi, jangan haraplah aku boleh duk saja... Mak aku cukup pantang kalau tengok aku melongo depan TV tengok cerita sedangkan orang lain sibuk kung-kang-kung-kang kat dapur. So, aku selalunya buat-buat sibuk membancuh air. Haha, ini serius. Tiap kali raya, tugas aku memang bancuh air. Kerja senang kowt! Kadang-kadang, dah ada orang tolong masakkan air gula siap-siap. So, aku tinggal tuang air gula & pati buah & air & ais. Taraaa, dah siap!!

Lebih kurang dua bulan lagi, akak sulung aku bakal berkahwin lagi. Dah 10 tahun dia duk single mingle. Sepatutnya dia nikah masa cuti Raya Cina baru nih, tapi dia belum bersedia kowt. Mungkin jugak dia taknak aku terasa lonely sangat. Haha, yelah...Aku selalu lepak kat rumah sewa dia. Buat macam rumah sendiri je. Kang, kalau dia dah kawin, duk dengan abang ipar aku, aku nak lepak mana?? (wah, terasa sedey la pulak)...Aku nih dah la lebih banyak sengih n senyum je kalau dengan abang-abang ipar nih... 

Empat bulan lagi, abang aku pulak bakal berkahwin. Abang bongsu aku merangkap abang yang paling rapat dengan aku. Kisah cinta dia, dalam kocek aku. Kisah cinta aku, dalam kocek aku jugak. Haha, normallah perempuan cam aku nih... Mana reti nak sembang cerita cinta dengan adik-beradik sendiri... erm, dengan perkahwinan abang aku nanti, maka lengkaplah sudah jumlah menantu perempuan mak aku. Genap 4 orang.

Menantu lelaki belum genap lagi.Tunggu aku  kawen,baru lah genap 6 orang menantu lelaki mak. Walaupon kawan-kawan aku ramai yang dah berkahwin & beranak-pinak, aku masih sendiri. Ahh, perempuan macho kan. Kena la slow & steady. Buat pe nak gelojoh? haha... Lagipon, bapak aku memang tak galakkan aku pikir pasal kawen ke, tunang ke sekarang nih. Mak aku lak neutral je...Semuanya terpulang kat aku... 

Memandangkan semua kakak-kakak aku dah kawen, semuanya pandai masak. Aku? grrr.. Mak aku asyik suruh aku belajar masak... Nasib baik akak aku back-up aku... Yes.Yes.Yes. Sayang akak aku tuh... hehe, selalu paham aku... Cuti baru-baru nih, aku sempat masak laksa & triffle. Laksa tuh memang dah berkali-kali masak. Selalunya akak aku yang masak, tapi aku offer diri untuk masak sebab dah lama tak main masak-masak... Yes, laksa aku laku! haha... Best woo bila orang makan masakan kita dengan berseleranya.... Terasa berbaloi-baloi... Tapi, experiment triffle aku tak menjadi! kastard tuh terasa sangat susunya.... Grr, tak sedap!! Tapi aku maafkan diri aku sendiri sebab ini baru percubaan pertama aku. Next time, kalau rajin aku try lagi. Adik aku suka tang lapisan yang atas sekali...Lapisan yang ade jeli n buah-buah... Aku slack tang masak kastard tu je la... Takpe,takpe...boleh diperbaiki...

gambar hiasan
Haha..kalau cerita masak-masak mesti kena letak gamba sebagai bukti kan? Sori la.. tak tangkap gambar pon...  So, terpulang kat korang samada nak percaya ke tidak... Haha,aku tak kisah langsung pon...Ok, tu je aku nak bebel-bebel arinih... Semua orang baru nak tido,aku lak baru je bangun nak membelek-belek kerja...