Tuesday, February 1, 2011

Menatap hadiahnya

Assalamualaikum
Selamat Hari Wilayah. Selamat bercuti-cuti sambil menyiapkan tugasan amanah si pensyarah. 
Dah 4 hari aku bercuti di kampung.
Hari pertama, aku dikejutkan dengan berita pergolakan di Mesir.

Mesir...
satu negara yang asing buat aku.
Tapi,
sejak aku berkawan dengan seorang kawan yang belajar di sana,
aku mulai tahu serba-sedikit tentang hal ehwal di sana.

Dan hari ini,
aku sedikit terkilan...mungkin kerana egonya seorang aku.
atau mungkin juga kerana kerasnya hatiku...

Beberapa hari lalu,
dengan sengaja aku sign-in akaun YM.
dan.....ada Offline Mesej...
Dari kawan aku yang jauh di Cairo...
yang selalu mendoakan kesejahteraan aku...
yang tak pernah lupakan aku...
dan aku dengan sengaja
mengabaikan mesej tersebut walau dia pesan suruh reply.

Dan hari ini,
aku cuma mampu menatap hadiah dari dia
sambil berdoa moga-moga dia selamat..
moga-moga dia sejahtera,
moga-moga dia berjaya meneruskan pengajiannya,
moga-moga dia berjaya menggapai impiannya,
moga-moga aku dapat mendengar nasihatnya lagi...
dan
semoga Allah melindunginya selalu...

p/s: dia bukan seorang blogger.dia tidak pernah ku tatap.tapi dia tetap sahabatku.
(doa buat umat islam di sana juga...mudah-mudahan Allah teguhkan hati mereka, Allah lindungi mereka semua..Amin....)