Thursday, February 10, 2011

Krisis Pertengahan Usia : Kamu yakin kamu sudah Dewasa?

Assalamualaikum
Malam tadi aku sembang-sembang dengan kawan aku. Haha, dalam gelak- tawa karut -marut, ada jugak isu penting yang boleh dijadikan bahan fikir. Bahan fikir supaya otak lebih berkembang & supaya gurauan tidak menjadi sia-sia... Dipendekkan cerita, aku tertarik dengan term Krisis pertengahan usia,so aku pon jadikannya sebagai tajuk entri hari ini.

Memula aku tanya dia.. "ko memang selalu moody ke?".. Dia jawab.. "aku bukan moody. Aku cuma takde mood kalau lapar or tengah takde duit."... Owh.... Aku nih pulak jenis suka sangat memikir, so aku kaitkan masalah kawan aku nih dengan krisis pertengahan usia padahal umur kami masih di awal 20-an.

Memandangkan kami baru je melangkah ke alam dewasa (kunon-kunonnya), kadang-kadang kami tertanya-tanya APAKAH MAKNA DEWASA...Sendiri tanya, sendiri jawab la eyh... So, hari ini mari kita kupas sama-sama persoalan ini. Menurut buku Jom Akhlak: Juanda Jaya :

Anakku!
Jika kamu sudah baligh, ia bererti kamu sudah dewasa dan bertanggungjawab atas segala perbuatanmu, sama ada kamu mendapat dosa atau pahala. Mulai saat itu, buku amalan ditulis atas namamu sendiri, bukan lagi ditanggung oleh ibu atau bapamu.

Berhati-hatilah melakukan sesuatu agar kamu tidak terjerumus dalam maksiat dan berdosa kepada Allah SWT. Cubalah bermuhasabah setiap hari dengan menimbang yang hak dan batil. Dewasa bererti kamu bersedia menanggung segala perbuatanmu. Kamu mesti berani menghadapi segala ujian kehidupan.

Anakku,
hanya kamu yang dapat menentukan sama ada kamu sudah dewasa atau masih terperangkap dalam alam kanak-kanak yang sungguh menyeronokkan?

Dewasa adalah orang yang sudah memiliki ciri-ciri yang dinyatakan di bawah ini. Jom sama-sama nilai sama ada kita nih dah cukup dewasa atau sebaliknya....Are you ready frenz?? Jom semak satu persatu...
  • Minda cemerlang
Pemikirannya tajam dan bijak menganalisis sesuatu perkara. Bentuklah dirimu dengan ketamakan menuntut ilmu, membaca dan mengamati persekitaran...[aku suka baca buku,kamu???]
  • Mentaliti matang
Mampu mengawal emosi dan tidak mudah hanyut dibuai perasaan lalai. Kesedihan adalah perkara biasa. Apa yang tidak biasa jika kita sanggup menyedihkan orang lain kerana perbuatan kita. Kita sepatutnya bersikap sederhana dalam setiap keadaan...[hehe,malulah nak ngaku....tapi akan cube diperbaiki]
  • Personaliti menarik
Penampilan yang bersih, cergas dan sihat. Cantik atau segak itu hanya bonus kurniaan Allah yang Maha Cantik. Lebih menarik sekiranya kita bersopan santun, berakhlak mulia dan berbudi bahasa. Ini kerana sifat itu adalah aset termahal untuk menarik hati orang lain...[insyaAllah...]
  • Menjaga 'diari kehidupan'
Berwaspadalah terhadap anasir negatif yang merosakkan. Biarlah yang tertulis hanya kemanisan dan keindahan alam remaja. Jangan mengotorinya dengan pergaulan bebas, dadah, arak dan kegilaan seks. Letakkanlah perkataan 'kerana iman' dalam setiap perbuatan yang dilakukan...[insyaAllah, akan jaga diri]
  • Berkongsi nilai positif
Jalinkanlah tali persahabatan dengan berkongsi visi dan misi yang satu. Cita-cita dan matlamat kejayaan hendaklah diburu bersama-sama. Bahagikanlah iman dan amal secara berjemaah. Kamu lebih kuat secara berjemaah. Seandainya cabaran datang, kamu tidak bersendirian...[alhamdulillah, masih ada teman]
  • Miliki ikon dan tokoh idola yang terbaik
Jangan tertipu dengan memuja orang yang lalai imannya kerana maksiat dan mengikuti gaya hidup mereka yang jauh daripada Allah SWT. Pilihlah idola yang memberi teladan positif, mempunyai ciri-ciri iman yang kuat dan akhlak yang mulia...[saya sayang ustazah saya...]


Alhamdulillah...entri nih banyak memberi iktibar buat diri ini, mudah-mudahan entri ini  juga beri manfaat buat yang sudi membaca.... Baru ku sedar, masih banyak kekurangan dalam diri ini... hehe, harap umur je dah tua bin bangka tapi kedewasaannya malap....Sekian...

p/s: adik-adik nak taw sama ada dah baligh atau belum?? haaa, yang lelaki akan mengalami mimpi dengan melihat @ merasakan sesuatu yg merangsang hormon seksualnya...yang perempuan pulak,keluar darah haid setiap bulan....paham tak nih??? zzz,nih bukan entri lucah ye...