Tuesday, February 8, 2011

Jangan Main api nanti terbakar diri, jangan main cinta nanti badan merana.

Assalamualaikum
Ini kisah semalam. Aku bercerita untuk mengingatkan. Mungkin boleh dijadikan iktibar. Mungkin boleh dijadikan bahan lelucon.

Lelaki. Tak jemu merayu.
Perempuan. Hatinya mudah sayu.

Sekali lelaki merayu, berulang-ulang kali si perempuan menepis.
Berkali-kali lelaki merayu, perempuan termati kata.

Akhirnya lelaki menang.
Perempuan kalah.

Berkapel lah akhirnya.

Perempuan inginkan jaminan bahagia.
Lelaki berjanji bersumpah setia.

Lelaki dan perempuan menyulam bahagia.
Sebulan berlalu...indahnya cinta makin terasa..
Hati perempuan berbunga-bunga.
Si lelaki makin sangat melafaz cinta.

Bulan ke-tiga...
Kononnya cinta makin teguh.
Berbalas doa dan mutiara kata...

Bulan ke-lima...
Status Fesbuk berbunga-bunga cinta.
Si lelaki sengih dikejauhan..
Perempuan,kau dah terjerat!

Bulan ke-tujuh...
Si Lelaki hilang tanpa khabar...
Si Perempuan tercari-cari-ternanti-nanti...
Si Perempuan hilang fokus pada kerjaya...
tiba-tiba Si Lelaki muncul membawa sebuah jawapan:
Awak, kita putus!
Awak baik.Saya jahat.
Kita tak mungkin bersama!

Alasan!
Padahal si lelaki mendakap kasih kekasih dulu.

~Klise kan?? Dah bosan kowt dengan kisah cinta macam nih... Aku sendiri sekadar mendengar dengan tekun si pencerita bercerita... Dia lebih tua dari aku.. Serba salah aku nak bagi nasihat... Apa-apa pun back to basic... Kembalilah kepada Sang Pencipta CINTA... Siyes! Aku cukup bosan dengan masalah cinta. Apa yang patut-perlu korang buat, kau sendiri fikirlah.... Setiap orang ada cara yang tersendiri menanganinya... Jangan tanya aku " Kenapa Allah uji dengan ujian sebegini?"....Kau sendiri tahu, Kau sendiri harus Muhasabah diri.... Entry semalam mungkin beri jawapannya...