Monday, February 14, 2011

Empathy: experiencing the other's perception - seeing & feeling things as the other does.

Assalamualaikum
[Tajuk ada kaitan dengan cerita tapi cerita bukan dalam Bahasa Inggeris & cerita bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar menconteng.Sekadar meluahkan rasa.]


If you love me, you won't do anything without me.
If you love me, you'll do what I say.
If you love me, you'll give me what I want.
If you love me, you'll know what I want before I ask.
(Satir, 1988)

Niat hati nak menolong orang, akhirnya diri sendiri dituduh menyibuk hal rumah tangga orang. Huhu, memula terasa sakit la jugak hati nih. Habis semua mesej dalam inbox henpon, aku padam. Biar tenang jiwa. Biar hilang segala sakit dihati...

Ahh,demi kawan yang teraniaya...aku teruskan penyiasatan. Kawan yang teraniaya, kusalurkan sedikit semangat kerna aku jua perlu semangat agar kuat melawan sikap jahat. 

Kusangkakan cerita semalam sudah sampai episod penamat. Rupa-rupanya masih ada episod panjang yang belum pasti siapa kalah, siapa menang. Aku bukan pengarah cerita,cuma penonton yang setia. Dalam hati berdebar rasa, antara kawan yang teraniaya atau maruah diri bergelar wanita...

Akhirnya aku akur. Niat tidak menghalalkan cara. Takut nanti niat yang luhur mengeruhkan lagi kolam  hati berlumpur... 

p/s: Semakin paham & kenal lelaki, Semakin meluat dengan lelaki. hahaha.... tapi aku ramai kawan lelaki... Makanya, aku bukan anti-lelaki.... Berkawan-kawan without any special feeling..
Sekali dah terkunci,cukup susah nak buka lagi.......oh pintu,jagalah hatiku! Ya Allah, peliharalah hatiku...