Saturday, February 26, 2011

Can you share one secret that can help me in dealing with my emotions and still be able to participate in the conversation?

Assalamualaikum



Hati dah lega...barulah terasa tenang  menaip kat sini. Semalam hati & kepala rungsing, kalau menulis jugak, mesti keluar kata-kata jiwang..kata-kata emo..uhuk-uhuk..Takut-takut nanti mengundang fitnah pulak & mungkin menjatuhkan maruah...

Hehe..malas nak cerita kat sini. Takut-takut nanti ade stalker yang menjejaki belog nih...Dan tetibe pulak kang dapat mesej "sampai ati awak bla bla bla bla".... Uhuk-uhuk... Sangat tak best kan?? Macam kite nih kejam sangat.. Kang kalau kita buat yang something nice macam bergurau senda buatkan dia tertawa, kang dia feeling lebih kat kita lak..kang dia kata, kita suka dia lak..kang bila kita kata "kita kawan je" mula la dia tak boleh terima...Pastu nanti mulala dia mengarang mesej mendayu-dayu buatkan kita rasa bersalah. Pastu kita pon mulalah off henpon.. Sebab malas nak berbalah...orang tengah marah, mana boleh nak bantah..dia pikir, dia aje yang betul.... Dia pikir, dia tak bersalah...

Jadi,lebihlah baik cegah dari awal. Sebelum nanti masalah menjadi bertambah besar. Isu yang kecil sekadar tak jawab telefon, tak balas mesej boleh jadi bahan bakar meledakkan kemarahan. Owh,mungkin bukan marah... dia cuma merajuk minta dipujuk...

Eh, saya tak kisah digelar kejam walaupon saya hampir demam dituduh sedemikian. Saya tenangkan hati sambil merenung diri. Saya lakukan ini untuk kebaikan... Agar masalah ini lenyap sendiri dan saya sedar akan kekurangan diri yang kurang petah berbicara mempertahankan diri... Sedarlah, Hati ini perlu dihijab, agar syaitan tak mudah hinggap...

Saya nak tenang. Tenang hati. Tenang minda. Mudah-mudahan terang jiwa. Jiwa yang berantakan membuatkan saya termenung panjang. Saya selalu cuba untuk paham orang, mudah-mudahan orang paham saya. Nampak sangat tak ikhlas kan?? Patutnya, biarlah kita memahami orang tanpa mengharapkan sebarang balasan... 
Alone & lonely itu yang saya rasakan. Bukan sebab takde pakwe. Tapi, memang ini pilihan saya. Bila keseorangan tanpa teman seperjuangan yang sekepala membuatkan diri ini menyerahkan sepenuh hati pada yang Esa..... Namun, teman itu juga penting, cuma sekarang bukan masanya untuk terlalu pentingkan kawan...

p/s: ooo yeah, my sista text me..ajak pegi shopping dis weekend. Tapi banyak keje belom siap.Tapi nak usaha juga siapkan sebelum pukul 4 petang nih. Lepas tuh boleh balik rumah akak.....Amiinn....
Sekian. Noktah.