Tuesday, February 22, 2011

Buat Adik yang Kakak Sayang

Assalamualaikum
Semalam, Kak Neeq pesan supaya CJ kurangkan gelak supaya nampak matang dan dewasa. Yeah, akan dicuba...Teruskan usaha. Hakikatnya saya memang suka ketawa. Tapi bukan dengan stranger. Abaikan seketika tentang matang dan dewasa, izinkan CJ bercerita tentang cinta. Ada orang bertanya Salahkan bercinta?Soalan ditanya oleh adik yang belum dewasa. Maka adik, dengarkan ini, akak berkisah.


DEMI CINTA SUCI
Dik,
kakak nampak surat cinta adik,
Tapi kakak buat-buat buta.
Bukan kakak galakkan bercinta,
tapi kakak paham jiwa adik.

Adik pernah mengadu tentang dia,
tentang dia yang melamar adik,
tentang dia yang memuji cantiknya adik,
tentang dia yang sukakan adik,
hingga akhirnya adik sukar memilih,
antara si tinggi mahupun si putih..

Adik,
pasti adik nampak jatuh bangunnya kakak,
menangis teresak dalam mengejar cita yang payah,
pasti adik tahu deritanya kakak,
mengumpul semangat meneruskan tekad.

Maka
Buat adik yang kakak sayang,
Pilihlah cita-cita sebagai CINTA,
Ajak si tinggi berusaha bersama,
Dorong si putih menuju puncak jaya,
Moga kalian berjaya bersama...

Adik,
Maafkan kakak andai salah menduga,
Tapi adik harus selalu waspada,
Syaitan itu sentiasa ada,
tidak pernah mati,
tidak pernah jemu menduga kita,
Jagalah diri,jagalah hati,
Jangan mudah terpedaya...

kemana tumpahnya dara kalau tak ke lelaki yang tak guna. #jagadiriwahaikaumhawa
Dari kakak yang sayang adik