Friday, February 18, 2011

Berhati-hatilah dengan Syaitan Cermin

Assalamualaikum

DOA MELIHAT CERMIN
اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْ تَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ
“Ya Allah Ya Tuhanku, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.

Tadi aku terbaca artikel. Tajuknya Disebalik Cermin Ada Syaitan yang Berbisik. Perempuan suka tengok cermin kan? Berjam-jam mengadap cermin sambil belek-belek muka. Hehe, aku bukan buat tuduhan melulu. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri... 

Bila dah asyik sangat tengok cermin, mula la pikir "ish, muka aku dah makin gelap la."..."apsal lah hidung aku tak mancung macam hidung bapak aku"..."apsal la bibir aku pucat je nih."... hihi, nih ayat contoh eyh.. Takde kene mengena dengan sesiapa pon....

Bila rasa kekurangan diri, terasa nak calit gincu merah menyala..terasa nak merahkan pipi..terasa nak cabut bulu kening lah... Lepas tuh bile tengok tudung, nampak gemuk lah pulak kalau pakai tudung labuh nih.... Terasa macam nak pakai seledang Yuna lah...lilit-lilit kat muka,kan nampak kecik je....

Bila tengok pakaian pulak: "alamak, baju kurung nih labuh sangat lah... dah tak nampak potongan badan aku yang slimworld"...."ish, baju T-shirt nih beso sangat lah, nampak cam gemuk sangat je aku nih"..Lepas tuh, baju kurung yang labuh diganti dengan kebaya yang pendek...T-shirt Muslimah diganti dengan T-shirt adek...

Hebat jugak penangan cermin nih kan? Antara sedar & tidak sedar, kita digoda dengan syaitan laknatullah. Maka, seelok-eloknya berpada-padalah bercermin. Jangan tergoda dengan syaitan. Berpada-padalah dalam berpakaian. Ingat selalu tujuan berpakaian: menutup aurat & mengelakkan fitnah. Bersyukur selalu dengan kurniaan Allah kerana kita sebaik-baik kejadian ciptaan Allah. Tapi jangan pula kita selalu perasan. Perasan hensem. Perasan lawa. Perasan Diva. Andai dipuji, ucaplah Alhamdulillah.

 لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
Verily, We created man in the best stature (mould)
Surah At-Tin:4

p/s: entry nih macam sindir diri sendiri pulak. Baiki diri untuk kesejahteraan bakal suami.
Kalau yang lelaki, korang selalunye mengeluh pasal ape ek kat depan cermin?