Friday, January 14, 2011

Wanita Inspirasiku 2010

Assalamualaikum
Tahun 2010 baru saja berlalu. Terlalu banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang 2010. Ada suka. Ada duka. Ada tawa.Ada luka...Namun,itulah yang dinamakan perencah KEHIDUPAN. 

Tahun 2010...aku melangkah setapak kedepan,semakin hampir dengan KEMATIAN.Ini hakikat! Kesedihan seolah-olah tidak berpenghujung. Aku merintih. Aku merayu. Mohon dikuatkan semangat. Mohon dikurniakan insan penguat semangat. Pencarianku berhasil....Aku temui seorang kakak.

Kata dia:
Ujian adalah rencah hidup; bukan penghalang bahagia; bukan juga derita untuk selamanya. Ujian hidup bak tali yang regang, pasti akan kendur atau putus juga akhirnya; dengan syarat, usahakan jalan penyelesaiannya!!

Hidup bukan satu perhitungan;
bagi tentukan siapa kalah atau menang.

Hidup juga bukan satu perjudian;
sekadar menunggu dan menanti apa pula yang akan terjadi.

Sebaliknya hidup adalah satu perjuangan.
Perjuangan pertahankan hak sendiri;
perjuangan laksanakan hak orang lain;
perjuangan mencipta bahagia diri dan paling penting, perjuangan jalankan segala amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan;
tak kira siapa pun kita kerana kita semua adalah hamba-Nya. 
-------------------------------------------------------------------------
Kak Su & anak-anak
Dia yang ku maksudkan ialah Suzana Ghazali. Kolumnis Resepi Hidup dalam Majalah Mingguan Wanita. Dia mungkin tak kukenali secara realiti. Namun, tulisannya tentang hidup amat aku hargai. Pernah, aku buntu menentukan pilihanku. Dan,tulisannya membantu mengurangkan kebuntuanku.Pernah, dia menegur tentang harga diriku. Betapa beruntungnya aku. Punya saudara seIslam yang bisa menegur salah silap aku, yang bisa membimbing aku menuju jalan cerah..Terima kasih saudara seIslamku....Terima Kasih kakak ku....Kau lah sumber inspirasiku, untuk aku terus berpijak di bumi Tuhan ini....Untuk aku terus bernafas dengan lega walau dalam sesaknya manusia berfesyen dan bergaya. Terima kasih ya Allah, kerana temukan aku dengan insan ini...
Kak Su,
Kau ilhamku...Kau model wanita muslimah inspirasiku..
---------------------------------------------------
Karangan di atas ditaip sebagai tanda penghargaan buat Kak Su. Benar,dengan hanya membaca penulisannya, jiwaku berasa sedikit tenteram. Buat Kak Su, ku doakan agar BAHAGIA akan terus mendakapmu. Walau semalam MENDUNG menyelubungimu, aku yakin dengan semangatmu, MENTARI akan menyinarimu. Aku kagum denganmu kerana tulisanmu bukan sekadar cerita dongeng, tapi kau watak cerita itu... Kau menyelam jauh ke dalam jiwamu untuk menyelami hati insan lain.Itu bezanya kau dengan penulis yang cuma menulis.

sila klik banner di atas untuk menang hadiah

kepada kawan-kawan yang lain juga dijemput untuk join kontest ini.
Kontes ini akan tamat pada 20 Januari 2011