Tuesday, January 18, 2011

Semalam tak sama dengan Hari ini

Assalamualaikum
Hari nih aku jalan sorang-sorang. Takde kawan. Dulu, jalan ramai-ramai. Walaupun jauh tempat dituju, terasa dekat je perjalanan kami. Sekarang, kena selalu bangun awal. Dah takde sape nak tolong kejutkan. Kena mandi awal. Kena pandai-pandai rancang perjalanan sepanjang hari.Kalau dulu, lepas Subuh tuh, aku masih boleh bermalas-malasan. Mandi lambat-lambat. Sebab aku tahu, kalau aku lambat, kawan tetap tunggu aku. Tapi, sekarang aku sorang-sorang. Sedih? Taklah! kalau aku ngadu sedih, lagi teruk aku kena sindir dengan akak aku nanti. Aku malu sangat dengan akak-akak aku. Diorang dah kerja bagus-bagus. Tapi,aku?????

Sekarang ni, aku serba salah nak senyum. Tak tau nak senyum kat sape. Ramai yang aku tak kenal .  Penyudahnya,aku buat muka biasa je. Aku bukan sombong, cuma aku bukan peramah. Sekarang, rutin aku dah berubah sikit. Tak macam dulu. Sekarang aku dah rajin sikit beriadah. Hah, dulu macam malu-malu je nak jalan-jalan kat tepi tasik. Sekarang, aku aci redah je..Jalan laju-laju dengan kawan baru aku...sampai berpeluh-peluh. Pernah jugak aku berbasikal dengan kawan baru aku. Penat kowt! Jalan berbukit-bukit. Memang menguji mental & fizikal.

Masa mula-mula dulu, aku banyak nangis je...Aku susah nak terima kenyataan tentang KEGAGALAN. Tapi, aku kena hadapi. Kawan aku kata, aku kena percaya HUKUM KARMA. Kawan aku nih muka dia macam hero Korea. Tapi sebenarnya dia Jawa. Macam aku jugak! Ahh, anak Jawa memang kuat semangat. Dia kata, dia pon pernah gagal. Dia dah buat yang terbaik, tapi akhirnya dia tak dapat apa yang dia target. Sama macam aku jugak la...Kawan aku nih bakal cikgu OKU. Hah, kalau korang tengok rupa & perwatakan dia, mesti korang takkan percaya yang dia bakal cikgu....Tapi,aku yakin dalam ganas-laser dia tuh, sebenarnya masih ada sekelumit perasaan belas-kasih-sayang kat orang lain.Buktinya, dia masih amik berat tentang aku a.k.a kawan yang selalu sangat disakat.

Sekarang, aku dah boleh terima takdirku. Akak aku pesan: Hidup nih kena selamba. Jangan malu-segan.
Bapak aku pesan: Tido awal. Bangun awal. Jangan sedih-sedih.Mak aku pesan: Dah lewat nih, pergilah tido.....

Ok..memandangkan Mak yang paling tinggi tarafnya, aku kena dengar nasihat mak. Aku tido dulu....Jumpa lagi....

Page Kaum Kerabat

Salam sayang dari Si Jari......