Saturday, January 8, 2011

Player vs Peramah

Assalamualaikum

Sejujur mana ikhlasnya hati
ketika lembut senyum diberi
apakah ada tujuan...
sebalik senyuman itu...

Sejujur manakah kata-kata
ketika kita bertentang mata
boleh kah aku percaya
mungkin itu satu sandiwara
kerana sering
pengucapan zahir batin tak seiring
ada rasa ada jiwa
terluka hilang rasa percaya

Pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang pernah kulalui
guruku sejati

Bukan dirimu ku curigai
aku sekadar berhati-hati...
tidak rela bakal ada yang kecewa...
biar waspada

.......hehe,  hari ini sangat bosan! So, mari kita dengar lagu-lagu jiwang sambil mengimbas kembali nostalgia lama..... Kalau korang terer, silalah teka nama penyanyi & tajuk lagu di atas nih.... hehe....Sapa cepat jawab,dapat 10sen!

Hehe..nih suke-suki je okay. Bukan Teka Lagu. Sebenarnya, hari ini CJ nak clarify beza antara Player & Peramah.  Tapi, fikiran tengah serabut sebab ada kerja yang belum selesai. So, kalau korang ade idea berhubung topik ini, sila lah tinggalkan komen ye. 

Alkisahnya, CJ yang comot nih mane la layak digelar player a.k.a pemain hati. NO! NO! NO!... Peramah pon cuma KADANG-KADANG!!! Mostly, senyap sunyi-bercakap bila perlu... Hehe, nih bukan entri emo-marah-marah...Cuma nak clarify.

Seboleh mungkin, CJ nak bahagiakan hati Mak...Taknak buat mak risau...Taknak  mak sakit sebab terlalu memikir.... So, CJ Bukan sombong! Tapi memang jual mahal! Sekarang nih duit hantaran 10K dah jadi perkara biasa. Zaman dulu-dulu je, 6K pon dah kira mahal! ( fahami statement nih )

Jikalau telah tersurat
Aku jadi milikmu
Tiada siapa yang dapat
Menghalang kenyataan itu

Hanya serah dan berdoa
Moga tiada bencana
Mengiringi perjalanan kita
Moga tersisih noda

( 1 )
Ku berjanji dengan sepenuh hatiku
Kan memahamimu
Tidak sedikit pun akan kusakiti
Hati dan hidupmu

Tidak mungkin itu sekali terjadi
Oh tidak mungkin...
Tidak sekali kan ku berubah hati
Berubah janji...
Kuharap engkau pun sama

Jikalau ku tak peduli
Itu bukan maksudku
Untuk melepaskanmu
Tinggalkan dirimu

Hanya ingin beri mu
Tenang dan kebebasan
Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa

( ulang dari 1 )

Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa 

 ~terasa macam nak bakar diari-diari lama....tapi takmo buat pencemaran alam....CJ kan dah dewasa...kena bertindak & berfikiran secara matang~

Sekian....