Tuesday, January 4, 2011

Bisik-bisik Design...syyyhhhh

Assalamualaikum

Ye..saya akui bahawa saya tengah bersedey-kecut perut nak menghadapi hari esok. Tapi,saya bukan putus cinta! Zaman cinta muda-mudi-remaja-remaji saya telah berlalu walau hakikatnya saya masih belia! Belia benci dadah! belia TAKNAK merokok! 

Ye..saya akui lagi bahawa bawah mata saya sudah lebam seperti orang lanjut usia. Tapi saya masih beliamanis! Bukan niat meninggi diri, tapi saya harus sayangi diri-pujuk diri-puji ciptaan Ilahi....Syukur,Alhamdulillah....

Kawan-kawan, tolong doakan saya..Saya mahu jadi insan tabah...Saya mahu jadi insan berjaya.....Walau saya bukan siapa-siapa di hati kalian,anggaplah doa kalian sebagai sedekah buat saudara kalian..Bukankah Islam itu bersaudara??? 

Kawan-kawan, macamana nak buatkan orang percaya bahawa kita nih single? kawan-kawan realiti CJ sangat tak percaya bila CJ kata "Saya masih single"...huhu...Susah lah camnih! Kalau diorang assume CJ dah berpunya, makin tipislah peluang CJ nak kawen awal! erk...CJ dah back to normal kan?dah mula mengarut kan???hehe....jumpe lagi esok-esok..