Sunday, January 23, 2011

Astagfirullah al-Azim

Assalamualaikum
Petang tadi,  aku berfikir-fikir sekejap sebelum tertidur akhirnya. Apa yang aku fikirkan? Aku fikirkan mak ayah aku...adik-adik aku...masa depan aku...kesombongan aku. Ye, dari dulu lagi aku dapat title sombong. Dan akhirnya aku sedar kenapa & mengapa aku dikategorikan SOMBONG.

Aku suka berkawan. Suka cakap banyak-banyak kalau ada orang call aku. Suka gelak-gelak. Suka bergurau. Suka buat orang hepi. Membuatkan orang suka call aku lagi. Aku jarang-jarang call orang except famili aku. Bila orang selalu call, aku mula sedar bahawa aku perlu jaga batas-batas pergaulan dengan lelaki ajnabi. Bila aku dah sedar, aku akan mula matikan diri. Tak reply sms. Tak jawab call. Akhirnya, diorang akan antar sms mendayu-dayu membuatkan aku rasa bersalah. Tapi aku tetap mati. Senyap. Tak reply. Sebab aku tahu, kalau aku reply, akan terjadi sesi soal jawab yang panjang berjela-jela... Aku sedar, ramai yang merajuk dengan aku sebab aku senyap secara tiba-tiba. Takde signal

Ye, aku bukan macam nih dulu. Dulu aku aci redah je berkawan-berSMS dengan lelaki. Sekarang aku makin sedar, aku makin sayang agama aku walau terkadang aku hanyut dalam dunia gembira suka-suka. Bila aku terlalu gembira, Allah tarik aku melalui saat-saat kesedihan. Sebab Allah maha Adil. Takkan selamanya aku gembira. Dan takkan selamanya aku bersedih. Aku belajar untuk redha... Bila redha, hati akan jadi lebih tenang walau terkadang terasa berat juga nak melalui liku-liku hidup ini.

Soal jodoh pulak, usaha aku cuma berdoa. Sebab sekarang aku masih punya banyak tanggungjawab yang perlu aku galas. Aku taknak bercinta lama-lama. Sebab aku tahu, semakin lama hubungan cinta tanpa akad, semakin banyak godaan syaitan. Sebab tuh Islam pesan JANGAN HAMPIRI ZINA, sebab perkara-perkara yang dianggap 'ringan-ringan' dalam hubungan cinta boleh menjerumuskan manusia ke lembah zina.  Ahh, orang kata 'zina apanya kalau setakat bersms je?' Sedangkan kalau kita rindu kat pakwe kita pon dianggap zina. Zina hati. Lebih parah sebab zina hati tak dapat dilihat.

Rasulullah bersabda: Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim)

Selagi kita merindu, selagi itu kita berzina. hah? Tak ke bahaya tuh?? Maka, aku cuma berharap bila aku dah ready memikul tanggungjawab sebagai isteri nanti, Allah akan kurniakan aku calon suami yang sekufu denganku. Aku tak mendambakan seorang ustaz, cukuplah seorang suami yang cinta akan Islam dan sama-sama menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Aku bersyukur sebab aku dah melalui fasa kesedihan dalam hubungan cinta yang tak kesampaian. Aku belajar banyak benda baru  daripada kisah sedih masa lalu. Aku belajar cara menghormati diri sendiri apabila orang lain tak hormati pendirian kita. Aku belajar dari pengalaman aku sendiri. Bila aku sendiri yang melaluinya, aku lebih mudah menyelami hati orang lain.... Tapi kadang-kadang cara kita tak sama dengan cara orang lain menangani masalah. Penerimaan kita tak sama dengan penerimaan orang lain dalam menghadapi qada & qadar Allah. Tapi ingatlah selalu bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mungkin kita tak boleh terima pada awalnya, namun kita bahagia di akhirnya... Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebab kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya buat kita.

Entri nih panjang... Entri memujuk hati dikala terasa lemah tak berdaya nak menghadapi hari esok. Tapi, jangan risau, CJ akan tetap jua menempuhinya dengan pertolongan dari DIA. InsyaAllah.... Sekian,Semoga Allah merahmati kita semua...Amin.