Wednesday, December 8, 2010

Tanam biji Anggur, tumbuh Pokok Epal

Assalamualaikum

Orang kata: Rumah yang kotor melambangkan hati yang kotor....So,korang dah kemas rumah ke belum? Kalau takde rumah,kemaslah bilik...Tak perlulah sampai berkilat langsung takde habuk...at least, biarlah teratur, baju tak berlonggok belakang pintu...kan?

...Perghh...Mukadimah dah ala nenek-nenek je....hehe

Hari nih,Cik Jari nak jawab soklan yang dicilok dari belog pasangan tipus yang telah berjaya mendapat ANC sempena Majlis Konvokesyen UiTM baru-baru ini. Tahniah dude! Mari kita membuat biodata diri sambil mengimbas kenangan di zaman silam...hehe, masa zaman sekolah rendah dulu, CJ suke beno beli pen warna-warni...Pastu beli sebijik buku tebal. Kemudian,balut buku tuh dengan pembalut hadiah bergambar katun.... Pastu passing buku tuh kat kawan-kawan..suh buat biodata..hehe....Cantik!


Memule,kena letak gambar...


Nama Sebenar: Jari Finger a.k.a Cik Jari

Nama Panggilan/Manja: CJ,Sis Jari, Akak Jari, Jari

Tarikh Lahir: 28th October 1988

Tempat Lahir: Teluk Intan,Perak

Hobi: Memerhati...Mendengar...Berfikir Sejenak...

Cita-Cita: Cikgu Maths

Makanan Kegemaran: Laksa...Nasi Ayam...Nasi Kerabu...

Minuman Kegemaran: Air Masak

Orang di-Sayang: Famili. Kawan-kawan Real. Kawan-kawan virtual

Orang di-Benci: Orang yang tak reti menghargai...

Moto: Life is a journey..Not a destination..Teruskan mengexplore!

bercuti-cuti di Taman Safari
CJ masih di Kajang. Babysit budak-budak sambil mengisi waktu cuti.Aktiviti in-door je hari nih coz langit sudah mendung... Awan sedang bersedey... Apa aktiviti korang sempena cuti nih? CJ masih menganggur...