Tuesday, December 28, 2010

Redha Tekad Tabah....

Assalamualaikum

Dikesempatan ini,CJ ingin memohon ampun..memohon maaf pada teman-teman blogger sekalian....dan juga kepada kawan-kawan yang membaca Buku Conteng Cik Jari... CJ harap kalian sudi memaafkan salah silap CJ... CJ akui,CJ bukanlah kawan-teman-sahabat yang terbaik TAPI CJ telah cuba sebaik mungkin untuk menjadi sahabat baik kalian.....

CJ akui ada dalam kalangan kawan-kawan CJ yang telah di-remove mahupon di-block dari frenlist FB....Alasan:
kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
...kerana silap orang lain,korang terkena tempiasnya.

         ...maaf..maaf...maaf....

Alhamdulillah...dalam tempoh 2 hari ini, CJ belajar memahami erti REDHA mengikut piawaian Islam...Baru kini, CJ sedar bahawasanya diri ini lebih banyak PASRAH & bukan REDHA dengan ketentuanNYA....PASRAH tak sama dengan REDHA......kan?

Redha pada qadha & Qadar maksudnya kita terima segala ketentuanNYA dengan belapang dada tanpa ada rasa gundah,sedih mahupun gusar....

Pasrah pula maksudnya kita terima takdirNYA setelah puas bersedih,meraung,makan hati..DLL....

Sama tapi tak serupa kan???

Sesungguhnya,jika kita REDHA dengan ketentuanNya, DIA juga akan meredhai kita....

Ok,setakat nih je contengan CJ....Moga kalian mendapat sedikit iktibar daripada contengan ini....Ketahuilah bahawa sesunguhnya CJ bukan cerdik pandai mahupun ustazah yang bisa mentarbiyahkan kalian...ini cuma secebis ilmu yang CJ kutip melalui pembacaan & fahaman CJ...

So,korang janganlah expect yang CJ nih baik berbudi pekerti-lemah lembut-calon isteri mithali....No..No...No...CJ cumalah seorang perempuan kampung yang masih & terus belajar untuk mengenal erti hidup yang sebenar...